Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, June 30, 2009

Pada hari Sabtu ... part 1

Aqil yg tiap2 pagi Sabtu, bangun je tidur mesti cakap jom pergi rumah Opah. Ni dia baru keluar dr kereta sampai2 je kat rumah Opah.

Jemput masuk.

Mikhael masuk je rumah, terus dia tuju tempat mainan, and akan punggahkan semua mainan dlm tu.

Mana la diorg tak happy dtg rumah opah, bebas buat apa saja. kalau kat rumah sendiri, sikit2 dengar bunyi nyaring suara mama, apa sepah2 ni. kemas cepat.

Actually, sampai2 je rumah my mom tu, kami nak terus ke kenduri tahlil. Just ambik my parents & terus kami ke kenduri. Tapi budak2 tu sempat gak sepah kan mainan.

Ni dlm surau sambil menunggu azan zuhur. Majlis tahlil di buat selepas selesai sembahyang zuhur.


Bacaan Yaasin



Surah Yaasin yg di berikan kepada semua.

Dan di dalamnya tertera gambar Allahyarham Uncle Sabaruddin. Semoga roh uncle dicucuri rahmat & di tempatkan di kalangan org2 beriman. Alfatihah.

Selesai sahaja majlis tahlil kami pun beredar ke tempat makan. Agak santai kan, di buat di tepi kolam renang, actually surau tempat diadakan majlis tahlil tu berdekatan dgn kolam renang ni, maka apa salahnya tempat makan diadakan tepi kolam renang.

Sedap2 lauk yg di sediakan, pecal, curry ayam, ikan kembung goreng, ikan kembung bercili, sambal belacan & ulam ulaman.

Ramai yg merasakan kelainan apabila tempat makan kenduri tahlil di adakan di tepi kolam renang. Tapi ni dia buat selepas zuhur, keadaan kolam renang mmg kosong.

Selesai sahaja makan, Aqil tak mau balik lagi. almaklum dia dah excited tengok swimming pool ni. Apa yg jadi selepas itu, tunggu part 2 pulak ya.

2 comments:

Sherry said...

hahahaha...
aku boleh agak apa yg jadi dia part II 'citer' nih.. hehehehe

ceritacherita said...

ha apa jadi yg kau teka?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin