Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Charles & Keith is on Sale

Ramai yg crazy about Charles & Keith right?  Good news C & K is having sale right now.  So ready get set and go,  it's friday, long hours for lunch kan, so mmg sempat la. 

Will review about this sale tomorrow, so sapa2 yg tunggu gaji next week utk shopping, can wait for my review ya.

Sempena hari jumaat ni, saya selitkan sekali this article that i want to share in this entry okla kan.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca
BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Friday, June 3, 2011

Bukan semua yang kita mahukan akan kita dapatkan.

Salam Jummat semua, mesti ramai yg cuti hari ni kan,  tambah2 cuti sekolah & some of the company is on public holiday due to bday Agung esok.  Anyway like to share with guys this, very useful.

Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya kita mendapatkannya.
Hakikatnya itulah lumrah.
Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?

Kita tidak tahu

Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.
Tetapi Allah mengetahui.
“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.
Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.
Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.
Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.
“Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”

Belum bersedia

Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan. Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.
Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.

Dosa

Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.
Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.

Berusaha untuk positif dengan Allah

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.
Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.
Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.
Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.

Allah itu Maha Penyayang.

Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.
“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Penutup: Memang dalam hidup, bukan semua benda kita mahukan akan kita dapat

Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.

Jangan kecewa apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan. Pandang dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya penuh rasa sifat kebergantungan pada Allah SWT, maka kita akan bersyukur dan berlapang dada, bersangka baik dengan setiap ujian dan cubaan, mudah menghadapi kesukaran dan tentangan hidup kerana di hati kita telah tertanam bahawa semua yang terjadi melingkari hidup kita akan berjalan dan bergulir dengan aturan-aturan-Nya sesuai dengan kehendak-Nya kepada kita.
Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insyaAllah jiwa itu akan tidak terbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif.
Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, InsyaAllah semuanya akan dirasakan Indah, Tenang, Tenteram dan Menyenangkan.
Semoga ketenangan akan dapat kita kecapi.
Mudah-mudahan bermanfaat.

Friday, May 20, 2011

Some people just don't know how to Q

I hate people who cut Q,  what about u?  Suka tak kalau kena cut Q?  Sure tak suka kan.  I heran knp some people tak pernah fikir pasal org lain?  Org lain pun nak cepat gak, org lain sanggup Q, knp u tak sanggup?    Apa perasaan org di atas tu ya?  tak malu ke dia.

This picture was taken by me. Masa I ambik gambar ni,  ada org tanya, u ambik gambar apa?  I cakap I ambik gambar org yg tak reti Q ni.  Kuat tau I cakap, org lain pulak yg pandang2, tapi bukan org yg cut Q tu.  I guess mmg org jenis ni tak de kesedaran sivik la. Tak taula dia ada belajar pendidikan moral ke tak masa sekolah dulu.

Cheers,  Happy weekends semua.

Friday, April 22, 2011

Kenapa kita perlu mengata orang sedangkan kita pun not perfect

Salam Jumaat semua,

Kenapa ya?  Saya sebenarnya kadang2 rasa kurang selesa bila nampak status2 yg mengata org secara keterlaluan di facebook.  Bukan sekali tapi berkali2, adakah org tu mempunyai orang sekeliling yang begitu teruk sampai hari2 nak kena sumpah seranah orang. Adakah dia terlalu perfect sampai most people around her serba tak kena.

I was thingking of deleting her from my friend list, not because i hate her, just tak mau baca her status. Dulu dia takla mcm ni, adakah kerana sekarang dia dah hidup mewah maka jadi begini. Mmm ntahla.  It 's really annoying to see her status yg selalu mengutuk orang.  I know everyone in this world mesti mengata org kan, but come on, takkan hari2 and this is for my self too, kalau boleh i tak mau dah mengata bad things about other people, because nobody perfect in this world.  I just hope that she will change.

Friday, March 25, 2011

Kulit Cerah vs Kulit Gelap


Kenapa kat Malaysia ni org taksub sgt nak berkulit putih, i have few friends yg sikit2 cakap kulit dia gelap tak cantik. Bila pergi pharmacy sibukla mencari product nak cerahkan kulit.  Knp?  What's wrong with dark skin, buruk sgt kah?  I don't think so la.

Kalau pun kita ambik product yg cerahkan kulit, just letak kat muka, pastu muka je putih, habis tangan, kaki, badan semua gelap.  Yes I admit those yg kulit cerah mmg lebih mendapat perhatian, kalau yg cantik tu sekali pandang dah nampak cantik.  But those yg dark skin pun kalau kulit tu dijaga rapi,  it will also look flawless & glowing, betul tak?

 Tengok both of them, dua2 vogue kan, walau sorang cerah & sorang dark skin.

And lagi gempak, look at this top model, Tyra, gorgeous gilas kan.  I like her, really admire her.  She's super cantik.

Eh jgn lupa pergi shopping weekends ni, sale sana sini.  Nak tau ke sale apa?  Ok kalau sempat nanti by 6 pm today,  I will post what sale is going on right now. Stay tune.

Friday, March 4, 2011

Sometimes people will totally forget about your kindness because of one mistake.

I put this on my fb status last night.  And i got this few comments, mmg tak byk, org dah balik rumah dah time tu, lepak2 relax2 kat rumah, ada yg dah tak bukak fb, ya ke. for those yg tak de internet on phone aku rasa mmg malas la nak on pc kan.  Tapi for those yg ada internet on phone,  mmg rasanya baring nak tidur pun still on internet.  Itu aku la. hehehee. Pernah sedar pagi2 and internet is still on, on my mobile, sampai tertidur surf internet tu. Anyway, what do you think about the status?  Do you agree with it?  Very true kan.

kadang2 aku rasa mcm org tak boleh nak buat salah, buat salah sikit, apa kebaikan kita dulu mcm terus dilupakan.  Not to mention those who are near to us la, mcm bff ke, family ke,  they are always beside us no matter what kan.  Tapi ada certain2 people la,  selama ni kita punyala baik dgn dia, sekali tersilap mcm dah tak de kebaikan yg pernah kita buat.  Dlm dunia ni Nobody's perfect right. Semua ada kekurangan & kelebihan masing2. Kalau ada masa tersilap langkah, tersilap kata itu biasala kan, kalau selalu yg jadi luar biasa.

We have to learn how to accept this fact,  manusia akan sentiasa melalukan kesalahan.  Kesalahan kita pada Allah pun bykkan & Allah sentiasa terima maaf kita.


Friday, November 26, 2010

Kenapa perlu gelarkan org dengan BINATANG


Kenapa ada org yg suka panggil org dengan gelaran binatang?  I read some of the status in FB, kalau tak puas hati ke dgn org knp perlu gelar kan org tu. It will goes something like this.
”Kambing2 tu dah mula dah masuk bilik boss aku”
”Hanjeng2 yg mengutuk aku tu mmg tak sedar diri”
”Lembu2 yg menjadi pengikut”
”Monyet2 tu mmg tak sedar diri”

Entahla saya rasa sangat tidak selesa bila org mengelarkan org dgn panggillan binatang,  it just so rude.  Bagi saya la dengan mengutuk org2 lain dengan memberi gelaran sebegitu saya rasa anda adalah lagi teruk dr org yg anda rasa tadi teruk.

Saya tak de idea nak huraikan panjang2 about this.  Just ringkas & simple, and i just hope tak de lagi org2 yg suka mengelarkan org dengan nama binatang, Kita adalah makhluk Allah yg sempurna diciptakan olehNya.

Happy Friday & Happy Weekends.  I can’t wait for LUNCH today. Got dating with 2 gorgeous people.

Friday, July 30, 2010

Kalau dah boleh beli LV, Chanel, Gucci, jgnla hinakan Guess, DKNY, Sembonia pulak

Oh Who doesn't love Chanel,  i guess everywoman dreams kan.  Oh gosh i really want Chanel, tapi bila mengkala tu ntah la kan. One day hopefully ada rezeki untuk membelinya.
Oh Gucci, Oh LV,  Oh all the designer's handbags.  Gosh I'm so in love with them.


Tapi kalau dah dpt beli sesuatu yg mewah jgnla pulak lupakan yg berada di tangga kurang mewah.  Bersyukur dgn rezeki yg Allah beri sampai kita boleh beli sesuatu yg mewah. Bukan dgn riak & mengutuk barang di kelas yg kurang mewah. Knp perlu kita mengutuk sesuatu yg bukan mewah?  Tak terfikir ke kita apa perasaan org yg hanya mampu membeli barang yg kurang mewah.  Or tak malu ke kita sebelum ni kita pun pernah menggunakan jenama yg kurang mewah ketika kita belum mampu,  jenama kurang mewah yg byk berjasa dgn kita sebelum ni. 

Knp apabila kita sudah mampu beli yg mahal, kita senang2 mengutuk yg murah.

Tidak di nafikan barang yg mewah itu sudah tentu mempunyai kualiti yg lebih baik dr yg kurang mewah kan. Tapi please la tolong jangan beza2 kan antara mewah & tidak mewah, sudah tentu mmg byk bezanya. Jgnla pandang hina kepada mereka yg mengguna barang kurang mewah. Apa hina sgt ke menggunakan barang yg kurang mewah?  Seolah2 org yg membuat barang kurang mewah tu sangat la lekeh.  Please, give some respect to those yg design barang kurang mewah.

Janganla kita riak apabila kita berada di atas.  Sekian muhasabah jumaat saya.

Friday, May 7, 2010

BerMAAFan itu perlu

Assalamualaikum, Selamat Hari Jumaat. Terasa mcm best pulak bila tiap hari jumaat buat entry utk munasabahkan diri.  Supaya tak terlupakan. Insyallah.

Maaf ni tak semua org senang nak sebutkan & of course tak ramai yg mudah utk memaafkan, betul tak? Knp jadi gini ya?

Mengumpat, Mengata, Memfitnah, Batu Api, sana sini kita tengok kan. Baik di forum, blogging or Facebook, kadang2 mcm nak terbeliak biji mata aku tengok org2 menulis.  Tipu la kalau aku kata aku tak pernah mengumpat or mengata org kan, sapa kat sini tak pernah mengata or mengumpat???  Batu api tu yes, aku rasa tak semua org suka nak batu api, walaupun tak di nafikan ramai jugak yg suka batu api.

Ada yg aku baca blog ni, dia citer dia bergaduh dgn kawan yg dah dikenali selama 15 tahun, disbbkan kawan dia ada buat silap yg dia kata terlalu sukar utk dia maafkan maka bergaduh la mereka. Benda pun dah berlalu bertahun2, kawan dia pun dah byk kali meminta maaf, tapi sampai skrg dia belum lagi terbuka hati utk memaafkan.  Knp jadi begini ya, Knp ego sgt sampai begitu sekali.

Aku selalu fikir, kalau la kita sesama manusia pun tak mau memaafkan, apa akan jadi kalau Tuhan tak nak memaafkan kita.

For me, buangla ego masing2, tak kisahla samada kita yg bersalah atau di pihak sana yg bersalah.  Marilah kita bermaafan.  Apa salahnya kalau pun kita rasa di pihak sana yg bersalah, tapi kita yg meminta maaf.  Kalau rasa kita dah tak boleh nak rapat seperti dulu lagi,  tak kisah, it's ok, asalkan kita sudah bermaafan sesama sendiri. Ini tidak, asyik berkeras tak nak mintak maaf sbb dia tak bersalah.  Tidak sesekali jatuh maruah seseorang tu kalau dia meminta maaf walaupun dia tak bersalah.  Allah amat suka org yg memaafkan org.

Sekian saja muhasabah utk diri aku sendiri,  aku tak nak tulis panjang lebar sgt, cukupla ringkas & dpt mengingatkan diri kita selalu.

And for those yg membaca, kalau ada yg aku tulis yg menyakitkan hati,  I am sorry. Peace Yo.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin