Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, August 28, 2009

Hair fall control

Sejuk perut aku pregnant kan budak ni. Alhamdulillah, tapi mata tu knp tengok tv, org suruh tutup dia nak jugak pasang walaupun tgh sembahyang.

After i gave birth to him, few months after that mmg rambut byk sgt gugur. Sampi hari2 kena sapu lantai, aku jadi mcm takut dah mcm pesakit cancer je. tapi when he turns 1 terus rambut aku jadi normal balik no more rambut gugur yg teruk.

Tengok rambut dia, tercacak2, mmg tak sama dgn abang dia yg berambut kerinting, yg abang curly hair ikut aku, yg adik straight hair ikut abah.

And he is 14 months now (1 tahun 3 bulan) and my hair still gugur dgn teruk. Kat rumah tu kalau tak sapu hari2 mmg penuh je dgn rambut aku. Sampai zul kata pakai jela serkup dlm rumah tu, your hair is everywhere.

Tengok rambut aku, terukkan.

So apakah solution nya? Nak kena gi yun nam ke? alahai sure mahal berdentum kan. Currently aku pakai syampoo hair fall control, tapi dah 3 bulan pakai tak berkurangan pun kegugurannya, sama je teruk. So korang sapa2 yg tau cara2 nak kurangkan keguguran boleh share with me tak?

Berangan utk raya

I want all of this. Kalau boleh beli semua ni utk raya lagi best. So raya pertama handbag lain, raya kedua handbag lain & seterusnya. Wah berangan tak ingat kan. Berangan je, tak daya aku nak beli semua ni sekaligus.




Suka sgt dgn jam coach ni.

Ah yg mana satu patut dibeli dulu ni. Boss bonus bila nak dpt?

Thursday, August 27, 2009

Main masak2

Semalam aku masak for berbuka. Dah bosan sungguh nak beli lauk kat pasar ramadhan, selalu sgt tak menepati citarasa.

Udang masak lemak cili padi & ikan goreng. Walaupun simple, tapi sampai 3 x tambah uolss.

Elok mood aku tgh seronok nak masak ni & niat di hati hari ni nak masak ikan bilis tumbuk dgn cili api & ayam masak kicap, tup2 semlam elok je aku habis masak terus habis gas. Tak beli2 lagi gas, petang karang la baru nak beli.

Zara Sale

Aku gi tengok final clerance zara smlm, dah tak byk dah. tinggal a few je. Kasut2 dia for me sgt la comfortable, baru masukkan kaki je rasa kasut tu keras.

Slack ni semua RM99.90.

Baju putih ni cantikkan, RM69.90.

Longgok2 ni semua from RM19.90. Dlm ni byk baby t. Itu jela serba ringkas final clearance zara.

Wednesday, August 26, 2009

Pasar Ramadhan

Bulan2 puasa ni pasar ramadhan mmg sgt famous. Sana sini org berniaga.

Tapi nak cari yg sedap bukan main payah. Kebanyakkanya main hentam kormo sbb nak berniaga.


Semalam aku teringin sungguh nak makan nasi tomato. Ingat nak tunggu hari sabtu, boleh suruh mama masakkan, tapi ah lama lagi kalau nak tunggu. So aku terjah pasar ramadhan utk beli nasi tomato, yay ada, masa membeli tu dah terliur2 dgn keenakkan nasi tomato.

Dah terasa2 kat lidah nasi tomato rasa mcm mama buat or nasi tomato kat pasar siang every friday kat area office aku.

Rupa bentuknya adalah seperti ini. Nampak lazatkan. Sekali mak ai, rasa minyak sapi dia kemain lagi, mcm kena gaul dgn minyak sapi. Terus aku rasa mcm nak muntah. Sampai skrg aku rasa loya lagi. grrrrrrrrrrrrrr potong stim betul la.

Kenapa kebanyakkan peniaga di pasar ramadhan mostly nya tidak sedap. Kalau tak reti masak jgn la buat. Buat dissapointed pembeli je.

Mmg dah kena beli kasut

Kasut aku mmg dah nazak sgt, as you guys know aku bukanlah pencinta kasut. Kadang tu sampai kasut tula aku pakai gi kerja, kasut tu la jugak aku buat gi jln2. Mana tak cepat haus.

Raya pun akan muncul so adalah lebih baik aku beli kasut kerja merangkap kasut raya gak. Boleh gitu. hehehehe.

Kasut ropol2 ni cantik pulak aku tengok, tapi nak pakai gi kerja ish mcm nak gi function la pulak kan.


Yg bertali ni pun cantik, tapi aku cukup malas berikat2 ni.

Yg ni look nice & simple kan.

Yg ni pun aku suka, ada ribbon, girlish sikit, tapi agak tinggi.

Yg ni sgt2la simple & sesuai dibawak pergi kerja. Pencarian masih diteruskan. Yg tak bestnya vincci dah habis sale. Udahla size 3 susah nak cari tempat lain.

Tuesday, August 25, 2009

Nak shopping dgn aman kat sogo?

Nak dekat musim perayaan ni for sure ramai yg akan shopping utk raya kan, and tempat yg paling hot spot sekali tak lain tak bukan area jln tuanku abdul rahman. And shopping complex yg paling di sukai kat area tu is Sogo.

Tapi mesti ada gak yg rasa bila bawak anak rasa leceh nak shopping lama2 kan. Budak2 kan manala larat nak jln ke sana ke mari lama2.

Hari tu aku jln2 ke sogo, naikla sampai ke tingkat 7, tengok2 ada tempat ni. Children Education & Playcentre. Cantikkan tempat ni. Ha kat tempat ni kita boleh tinggalkan anak2 kita utk bermain while kita gi shopping. Jgn risau, org yg jaga tu semua terlatih. So kalau kita rasa nak shopping sendiri dlm masa sejam/2 boleh la tinggalkan anak2 kejap kat sini kan.

Sure diorng happy drpd kena ikut kita shopping ke sana ke mari. Tapi for kids yg berumur bawah 4 tahun tak boleh dibiarkan sendiri ya, kena accompany by 1 adult. So daddy2 yg rasa boring nak ikut mummy ke sana ke mari, bolehla tunggu anak2 yg dibawah umur 4 tahun sekali. Yg umur 4 tahun ke atas tak payah accompany by any adult, boleh tinggalkan sahaja, cukup masa ambik.

Zara Final Clearance


From 20 August 2009 onwards

Zara Final Clearance


Dah beli baju raya ke? Hehehehe baru je puasa dah tanya pasal baju raya kan. Tapi for me lebih elok beli awal2, senang kalau tak de size boleh cari lagi & lagi. kalau last minute mmg kemeriahan tu lebih terasa, lebih2 lagi kalau dpt apa yg kita berkenan, tapi kalau tak dpt mcmana? nak cari tempat lain dah tak de masa. So adalah lebih afdal prepare awal2.

Korang nak tau ke apa yg menarik kat Zara? Ke ramai yg dah pergi. Tengahari karang kalau aku mempunyai khudarat utk berjln, aku akan pergi survey ok.

Monday, August 24, 2009

Puasa tu apa?

Yesterday petang2 kami pergi menemankan abah potong rambut. Salon tu terletak kat tingkat paling atas, On sunday usually tingkat ni mmg kosong, most of the shops berdekatan salon ni tutup. So apa lagi budak2 tu pun berlari2la.


Kedai2 kat atas ni kebanyakkan office kecil, itu yg on sunday diorng tutup and tiba2 aku ternampak kedai yg menjual stamp. Teringat masa kecik2 dulu cukup suka mengumpul stamp. Ish knpla aku tak simpan stamp2 tu sempai skrg ya, entah kat mana dah aku buang sbb cari tak jumpa2 pun. sayangnya.


Dah selesai potong rambut kami decide utk berbuka puasa kat mc d since aqil dah berhari2 kata nak makan mc d.


Tak ramai org kat Mc d ni maka habis Aqil buat mcm rumah sendiri. Tu sebelum masuk Mc D ada pulak kedai yg menjual patung ultraman, apa lagi mmg dah lama sgt dia aim nak kan patung ultraman besar ni, tapi selalunya ternampak masa keluar dgn mama, maka takkan dpt la kan. Tapi hari ni peluang aqil cerah sbb abah ada, apa lagi maka akhirnya impian menjadi kenyataan.

Ha terus lupa yg perut tu lapar. Tadi masa dlm kereta lagi cakap Aqil lapar, cepat la sampai mc d. Then aku kata sampai2 mc d nanti jgn makan dulu tau, kita tunggu azan dulu, org lain semua puasa. Ala aqil tak puasa la aqil lapar. Last2 dpt ultraman terus tak lapar ya.

Anyway he is only 3 years old. Kalau tanya dia puasa tu apa Aqil? Puasa tu tak boleh makan, tak boleh minum. Aqil nak puasa tak? Aqil tak nak puasa la mama, Aqil nak makan & minum. hehehehe.

Dulu2 korang start puasa umur berapa? Aku start puasa umur 8 tahun, lambat jugakkan, itu pun takat puasa 2 hari je. Tapi masuk umur 9 tahun aku puasa penuh tau. Skrg aku tengok rata2 budak dah start puasa at the age of 5, tak terlalu awal ke ya? aku rasa mcm awal sgt je. What do you think? Mmg patut di ajar seawal 5 tahun ya?


1st Ramadhan

Oh ramadhan dtg lagi. Seronoknya. And usually kalau hari pertama ramai yg lebih suka berbuka bersama keluarga kan. On our 1st day of ramadhan kami semua berbuka puasa at my parents house.

Gambar2 tak byk la pulak. My mom tak mau diambil gambar sbb tak pakai tudung, saya malas la nak colorkan kepala pulak nanti tak cantik, and my dad pulak duduk sebelah my mom. Shai kejap bangun kejap duduk, dah ala2 buffet pulak dia buat. Maka ni jela gambar yg aku dpt ambik.

Mama loves to cook, so biasala mmg penuh meja especially time berbuka. Bukan setakat lauk pauk utk makan dgn nasi je, mee kuah pun ada.


Murtabak yg dah macam bukan murtabak. Mmm aku tak rasa pun, shai sedap ke? kalau sedap tak pela. tapi kalau dah lunyai gini & tak sedap harap tukang jual jgn buat mcm ni lagi ya. Buat ikut kemampuan sudah.

And dessert puding laici. And after dah kenyang semua, mereka semua ke masjid menunaikan sembahyang terawikh. As for me, oh i miss so much nak sembahyang terawikh kat masjid tapi tak pela at the moment tak dpt nak pergi since si kenit2 tu tak de sapa nak jaga.

So anda pulak mcmana on 1st ramadhan? Berbuka di mana?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin