Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Thursday, October 22, 2009

Makan kat office, jln2 kat Pavillion

Korang nak tengok ke office aku camne? Takut entry ni memboringkan, sbb balik2 citer pasal jamuan raya, so aku campurkan je citer jamuan raya kat office plus masa aku jln2 ke pavillion last week.

Susah tau nak tengok aku pakai baju kurung kat office, sbbnya aku ni kan kuat berjln time lunch, so kalau pakai baju kurung rasa kurang selesa di tengah2 panas berjalan kaki.

Nak tengok tv kat office? Boleh je tapi make sure during lunch time & after office hour.


Ni la antara menunya, nak tunjuk jugakkan, sikit2 cukup la, tak tunjuk semua. Rendang tu aku bawa, semua kata sedap, siap mintak resepi, ada yg suruh bawak everyweek. Semua ingat aku buat, last2 aku cakap kalau korang nak selalu makan rendang tok ni, pergi je pasar tani kelana jaya every saturday dr kul 7 am - 12 pm. Cari rendang tok nik, lazat sehingga menjilat jari.

Ok ke aku campur adukkan entry ni, tak kisahla kan. Aku bukan jenis yg suka make up & bukan jenis yg pandai make up pun. Yg aku tau pakai is bedak, mascara & lipstick, dah cukup cantik bagi aku. heheheh. Tapi sejak jadi readers redmummy & dia selalu citer pasal make up, terus aku terjatuh cinta nak cuba sikit2 pasal make up ni.

Tu kat atas tu blusher, dulu2 ada jugak aku try tapi mcm clown je zul cakap, so kali ni aku suruh SA tu pakai kan, Tak nampak sgt kan dlm cermin tu, itu nurul pun tgh cuba.

Ha, ada rupa clown ke? Aku tengok ok je, tapi bila balik terus zul tegur, knp make up tebal2 ni? tak payahla make up2 sgt, muka awak dah cantik without too much make up. Kalau nak gi dinner ke or any function tak pela make up2 byk ni.

Nasib ada perkataan cantikkan, kalau tak dah nak marah ni, yala penat2 aku suruh SA tu touch up & berkobar2 nak beli blusher, last2 dpt comment gitu.

So kesimpulannya eyeshadow ke blusher ke, eyeliner ke takat pakai bila perlu je la.


Pastu aku jln2 ternampak dress2 cantik ni kat Raoul. Sungguhla aku sgt suka. Tapi sure harga ribu riban kan.


Aku rasa caca marbanya entry ni, tak kisahla, aku tak dpt nak fikir sgt ni, kerja terlalu byk. Enjoy jela ya.

2 comments:

Arlina Rosli said...

blusher MAC ada special edition... mineralize. lite tapi nice.

Che Ta said...

ku jua suka dress ituuuuuu!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin