Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, May 14, 2010

Bersihkan hati & niat dahulu

Tibalah sekali lagi hari jumaat ya kawan2, aku rasa baru kejap je aku tulis utk muhasabahkan diri last friday, tup2 jumaat muncul kembali.  Cepat sungguh masa berlalu kan.  So di pagi2 jumaat ni apa lagi kalau tak Muhasabah Jumaat.  Jgn anggap apa2 ya aku tulis ni, sekadar utk muhasabah diri bukanla nak menunjuk teror utk berhujah pulak.

I'm sure korang semua suka baca blog sana sini kan.  And for sure korang perasan, mostly blog2 lebih byk bercerita pasal hal2 diri sendiri, macam kat mana kita pergi bercuti, kat mana kita makan or apa barang2 yg di beli.

Korang suka tak baca bila org bercerita pasal barang2 yg di beli? aku suka, especially kalau diorng citer pasal handbag yg di beli.  Tapi perasan tak korang ada yg di tulis bila di baca kita pun boleh merasai yg mereka sebenarnya ingin menunjuk2, yg ni mmg aku meluat nak baca & ada yg di tulis bila kita baca rasa best je, tak de pun rasa dia menunjuk, walaupun dia telah membeli berpuluh2 designer's handbags tetap aku rasa she is so humble.  Pelik kan,  Bagi aku ni kerana sebelum kita menulis dlm hati kita telah ada niat yg ikhlas nak bercerita tanpa ada perasaan riak sedikit pun, maka cara penulisan dr hati yg tulus ikhlas for sure penyampaiannya pun akan turut iklas, sampaikan readers sendiri pun tak terasa pun dia ingin menunjuk2.

Lain pulak citer pada yg bercerita barang2 yg di beli dgn hati yg penuh rasa bangga & riak,  terang2 penulisan dia pasti akan ada unsur2 riak & of course their readers akan turun merasainya, walaupun konon dia kata tidak, tanyala balik kepada diri anda sendiri. 

Ada yg aku baca kata kalau citer pasal barang2 yg dibeli  je mesti ada yg menuduh berlagak, nak show off beli barang mahal, padahal niat sebenarnya nak share kepada readers, supaya menjadi info kepada readers.Ya ke itu niat ada?  Cuba fikir2kan balik, kalau benar niat anda begitu sudah tentu readers turut akan merasai itu niat anda, kerana readers sendiri boleh menilai dari penulisan anda.

And ada pulak kata kalau tak citer pasal hal2 barang yg di beli, akan di katakan papa kedana pulak.  Hohoho, adakah kerana kita tulis pasal benda yg kita beli baru org tau kita ni jenis berada, sederhana atau papa kedana. Ish ish ish.  For me la, kita sendiri boleh merasai bagaimana seseorang tu samada dia jenis berada atau sederhana dr segi life style dia, tak semestinya kena tunjuk barang di beli.

Well, for me apa2 yg kita nak buat sekali pun, niat didalam hati kita tu penting, tanya diri sendiri dahulu, samada kita benar2 ikhlas atau kita memang nak show off tapi konon2 mcm tak show off.  Hehehehe.  Apa2 pun aku mmg suka baca blog yg citer pasal handbags yg dibeli, seronok rasanya tengok org yg mampu beli berbagai2 jenis handbag. Ada satu blog ni aku baca, yes she is org kaya and selalu tunjuk barang apa yg dibeli, but yet i still find that she is so humble and langsung tidak ada ciri menunjuk2. Tepuk  dada tanya niat dihati.

Roger and out babeh, Happy Weekends.

4 comments:

Legally Pink said...

Barang yang kau cerita pasal org beli banyak kepada handbags kan! Hehe

ceritacherita said...

shai,
hahahah dah aku suka handbag.

e_ja said...

salam ziarah dan salam kenal..saya setuju sgt2..betul ada kala kita membaca blog ni bukan sekadar membaca cerita je..tp kita boleh merasakan niat disebalik penceritaan dia tu melalui penulisan dia kan..sbbtu kdg2 ada jgj org tunjuk itu ini dlm blog tp kita rasa suka je nk baca dan tgk..

ceritacherita said...

e_ja, salam kenal juga,
itu la kan, yg penting nawaitu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin