Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, May 7, 2010

BerMAAFan itu perlu

Assalamualaikum, Selamat Hari Jumaat. Terasa mcm best pulak bila tiap hari jumaat buat entry utk munasabahkan diri.  Supaya tak terlupakan. Insyallah.

Maaf ni tak semua org senang nak sebutkan & of course tak ramai yg mudah utk memaafkan, betul tak? Knp jadi gini ya?

Mengumpat, Mengata, Memfitnah, Batu Api, sana sini kita tengok kan. Baik di forum, blogging or Facebook, kadang2 mcm nak terbeliak biji mata aku tengok org2 menulis.  Tipu la kalau aku kata aku tak pernah mengumpat or mengata org kan, sapa kat sini tak pernah mengata or mengumpat???  Batu api tu yes, aku rasa tak semua org suka nak batu api, walaupun tak di nafikan ramai jugak yg suka batu api.

Ada yg aku baca blog ni, dia citer dia bergaduh dgn kawan yg dah dikenali selama 15 tahun, disbbkan kawan dia ada buat silap yg dia kata terlalu sukar utk dia maafkan maka bergaduh la mereka. Benda pun dah berlalu bertahun2, kawan dia pun dah byk kali meminta maaf, tapi sampai skrg dia belum lagi terbuka hati utk memaafkan.  Knp jadi begini ya, Knp ego sgt sampai begitu sekali.

Aku selalu fikir, kalau la kita sesama manusia pun tak mau memaafkan, apa akan jadi kalau Tuhan tak nak memaafkan kita.

For me, buangla ego masing2, tak kisahla samada kita yg bersalah atau di pihak sana yg bersalah.  Marilah kita bermaafan.  Apa salahnya kalau pun kita rasa di pihak sana yg bersalah, tapi kita yg meminta maaf.  Kalau rasa kita dah tak boleh nak rapat seperti dulu lagi,  tak kisah, it's ok, asalkan kita sudah bermaafan sesama sendiri. Ini tidak, asyik berkeras tak nak mintak maaf sbb dia tak bersalah.  Tidak sesekali jatuh maruah seseorang tu kalau dia meminta maaf walaupun dia tak bersalah.  Allah amat suka org yg memaafkan org.

Sekian saja muhasabah utk diri aku sendiri,  aku tak nak tulis panjang lebar sgt, cukupla ringkas & dpt mengingatkan diri kita selalu.

And for those yg membaca, kalau ada yg aku tulis yg menyakitkan hati,  I am sorry. Peace Yo.

6 comments:

Adrina Adi said...

so true.

at least kita dah cuba nak perbaiki keadaan tp kalau orang tu taknak berkawan, its nothing more u can do.

adat la bergaduh, mengumpat, batu api, tikam belakang, sindir menyindir yada yada coz manusia mana yang tak buat silap kan?
mungkin kita rasa kita jer betul, kita jer terbaik, kita jer marvellous yada yada.. tp selamanya ke kita begitu? kalau kita rasa orang tu berdosa dgn kita, yg kita tak berdosa ke dgn orang lain?

sebelum tidur, pastikan kita maafkan mereka, keluarga, sahabat, rakan taulan, jiran tetangga dengan harapan, mereka pun akan berbuat benda yang sama. insyaAllah, Allah sayang pada umat yang saling maaf memaafi dan saling sayang menyayangi.

wah, bukan main lain Ustazah Adrina pagi nih. hehehe..

ceritacherita said...

ed,
sgt betul apa. tak pe sekali sekala jadi ustazah, sama2 kita ingatkan diri kita kan.

Helmiyani said...

aku ialah contoh orang payah nak maafkan orang.. hehehe... pesal ek? sebab aku ni sangat susah nak marah, kalu aku marah payah la nak baik.. teruknya la hai... mudah-mudahan hati aku terbukak nak maafkan orang.. aminnn

ceritacherita said...

cikununu,
tak pe, pelan2 kita cuba sentiasa memaafkan org. Tapi nak memaafkan org sekelip mata mmg susahkan, just harap jgn makan masa terlalu lama.

Che Ta said...

as for me, nak maaf tu buleh lagi
but tang nk lupa tu yg payah sikit hehe.. so i might have forgiven but nk balik mcm dulu mungkin lambat sikit kot.. it takes time to heal..

ceritacherita said...

che ta,
aku pun sama, tapi tengok la perkara tu berat ke tidak. Kalau kes berat mmg sampai bila2 pun takkan lupa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin