Di Syawal yg lepas, heheheh dah lama ya kejadian ni, tapi tula dr hari ke hari nak update, tapi hari ni baru saya update. Bertempat di padang sekitaran rumah saya telah diadakan Jamuan Raya 1 Malaysia, di mana PM telah datang utk meraikan bersama.
Tu pandangan dr tingkat rumah saya, punyala excited pagi2 lagi dah zoom gambar.
Walaupun dkt kami tak sempat utk menikmati juadah yg ada beraneka jenis, org terlalu ramai.
Tepat jam 4.30 pm, PM pun tiba. Punyala ramai org yg turut sama excited seperti saya utk melihat PM dr dkt. Begitu ramai police & bodyguard yg mengekori kereta PM dr depan & belakang.
1 Malaysia, sudah semestinyala ada acara kebudayaan, Tarian Naga yg ni sungguh menarik, kerana ia turut disertai oleh kaum india yg bermain alat muzik traditional mereka utk turut sama bergandingan dgn gendang dr tarian naga. Sgt unik, itulah keindahan 1 Malaysia.
Org makin berpusu2 utk melihat PM dr dkt.
Zul berjaya jugak mengambil gambar walaupun begitu ramai berpusu2, aku tak ikut turut serta ni, tak larat nak berpusu2, dpt tengok dr jauh pun dah cukup.
Mahathir Lokman selaku pengacara pada hari tu.
Tengok gambar ni aku rasa idakla aku bambam sgt kan. heheheh masih nak selitkan jugak kan.
Budak2 yg dah berpeluh2.
Kami yg menunggu Abah utk menghabiskan sessi menjadi photographer.
Datin Seri Rosmah yg sampai sejam kemudian. Itula sahaja citer excited saya & family saya utk melihat PM dr dkt.
No comments:
Post a Comment