Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, October 22, 2010

Melawat Rumah Bakti Ulu Klang

Baru2 ini saya telah berkesempatan untuk melawat Rumah Bakti Ulu Klang, satu pengalaman yg baru bagi saya.  Melihatkan anak2 yg tanpa ibu bapa ini saya terfikir bagaimana mereka menjalani kehidupan harian mereka.

 Sebahagian drpd mereka bersekolah pagi, maka hanya mereka ini yg sempat saya temui.

Mereka hidup bersama dgn kawan, masuk je dlm asrama mereka, terus teringat ketika saya tinggal di asrama masa study di UITM, tanpa ada pengawasan org dewasa yg rapi seperti kebiasaan kita yg tinggal bersama ibu & bapa. Terus saya berfikir bagaimana cara nak mendidik sebegini ramai anak2, sedangkan saya & hubby nak mendidik anak 2 org tu pun memerlukan kesabaran yg tinggi.

Tapi sepanjang saya berada di sana, mereka sungguh menghormati saya & sangat beradap, seperti cogankata yg terpampar dia bilik mereka, Kita mesti kaya dengan adab. Oh saya sgt menitik beratkan adab, itu yg kadang2 bila anak2 degil saya sangat risau.

 Saya melawat sekitar rumah bakti ini, ini adalah computer room mereka, kalau boleh mereka memerlukan lebih lagi computer utk kegunaan anak2 di sini.

 Library yg baru sahaja siap di ubah suai,  masih banyak lagi buku2 yg tidak mencukupi, buku2 yg ada adalah hasil derma orang ramai, tapi sayang, kebanyakkan buku adalah bukan utk anak-anak yg berumur 7 - 17 tahun.  
 Surau yg tersergam indah, cantik sangat surau ni, hasil derma dari seorang hamba Allah, sungguh murni niatnya.

Dewan makan yang masih memerlukan kerusi & meja kalau ada yg sudi.

4 comments:

Fertzy said...

sayunyerrr.....

mcm mana kita nak membantu eh? saluran nyer camana?

ceritacherita said...

tina,
boleh terus pergi ke sana je & salur je apa jenis bantuan yg kau nak bagi. dia tak kisah apa2.

mummysyafie said...

dear..tengok entry awak terus saya teringat kan sesuatu.

dulu saya pernah amik anak angkat kat rumah orang² buta. waktu tu saya single lagi..pastuh ada buat tugas rasmi akt sana. terserempak dgn seorang gadis buta yang ketika itu umur nya baru 9 tahun. rupa paras nya cantik..cuma kekurangan pada diri hanya lah pada penglihatan.

setiap minggu saya akan datang menjenguk..tapi lama kelamaan aktivit saya terbatas sebab kesibukan kerja.

sekrag saya tak tahu dimana dier berada..rasa bersalah lak bila tengok entry awak ni..

ceritacherita said...

mummysyafie,
maybe u boleh contact balik tempat tu utk cari dia. jgn rasa bersalah, dah banyak kebaikan yg awak buat dulu. doa je, mana tau insyallah awak boleh jumpa dia balik.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin