Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Wednesday, September 8, 2010

It took me 2 hours to find KASUT RAYA

Ada ke lagi yg masih bekerja esok, Khamis?  Aku dah cuti, aku rasa mmg ramai pun yg cuti kan, ntah ada ntah tidakla yg membaca blog esok.  So aku kasi update blog ni skrg la jugak, tapi skrg kan ramai ada internet kat phone, so mesti boleh surf blog kan, mcm akula, walaupun tak duduk dpn komputer, tapi tetap surf internet thru hp.

Ha nak citer, at last dpt jugak aku beli kasut raya utk budak2 ni. lega rasaya semua dah selesai.  Tapi ha ambik kau jauh aku merantau tau. Mula aku naik monorail dr office utk ke Sg Wang. 

Sbb apa ke Sg Wang, sbb nak check it out kasut kat Al Ikhsan, kat Sg Wang ada 3 kedai Al Ikhsan.  Tapi pusing2 tengok mcm boring je design2 dia, sama je mcm kasut2 adidas & nike yg Aqil & Mikhael ada.

So apa lagi jln kaki la ke Pavilion pulak.  Terus masuk Stadium.  Pusing2 kasut sama je mcm kat Al Ikhsan tadi.  Tapi sandal byk cantik2 tau.  RM34.90 ada 30%, 39.90 ada 10% yg RM52 no discount. Sorry gambar lupa nak ambik. Tapi mmg cantik2.

So keluar la dr situ, tengok eh sebelah dia ada Kedai Conversela, knp aku tak pernah perasan sebelum ni ya.  Apa lagi masuk la kan, sbb mmg dah berkenan kasut converse sejak tengok entry Mummysyafie pasal dia beli kasut raya anak2 dia.  Tak byk choice sgt kat sini.  Tapi adala aku suka,  so tanya size, size Mikhael ada, Aqil pulak tak de, Cantik kasut tu ada gambar mcm mata & telinga, nak beli ke tak utk Mikhael, beli karang buatnya Aqil nak gak, sah merajuk.  Ah nak kena ke Campbell ke, aku mcm malas nak masuk area sana, buat nya tak de size, kena balik patah ke pavilion.  So jln lagi.

Masuk ke Pumpkin Patch, ah sukanya ada kasut ala2 converse, harga pun menarik,  Sekali lagi hampa sbb size Aqil tak de, tapi Mikhael ada, so beli je terus utk Mikhael. So itula gambar kasut raya Mikhael.

Masuk pulak parkson, tengok osh kosh ni menarik, tanya size, eeee susah betulnya kaki Aqil ni, tak de size jugak.


Tengok pulak kat Ralph Lauren, ingat nak beli ni for Aqil, mms dulu kat Zul,  dia kata too simple,  takut nanti Aqil tengok kasut Mikhael dia tak mau pulak pakai kasut ni, aku pun rasa gitu.
 
So aku masuk balik Pumpkin Patch, sbb tadi perasan ada kasut yg mcm ala2 Osh Kosh tu gak.  Lega ada size Aqil. So terus grab beli.  Itula citernya kawan2, jauh aku jln, balik2 hujan pulak, so redah je sbb still belum betul2 lebat. Sampai office kul 2.30, redha jela boss ya, esok dah nak cuti raya dah. hehehehe.

Kasut mama pulak,  tu ha, kasut crocs,  kaki aku ni ada sedikit pelik bila pakai kasut tinggi, sentiasa sakit,  tapi setelah try pakai kasut tinggi from crocs, terus rasa tersangat selesa, maka jadi la saya pengguna setia crocs.  Kasut crocs ni aku dah beli seminggu sebelum puasa, dah belasah pakai pun, lagipun dah beli color biru, baju raya color pink, takkan nak pakai kasut ni kut, caca marba la jadinya. Maka raya pakai jela apa2 sandal yg ada.

Esok dah cuti, nak pergi cari kasut zul pulak kut, dia sorang je tak shopping apa2 lagi, dia mmg suka shopping sehari sebelum raya pun, tiap2 tahun gitu. katanya lebih meriah. 

So Selamat berbuka petang ni ya, & to all yg nak balik kampung mlm ni or esok. Berhati2 di jalan raya.  Aku raya KL dulu, petang raya baru balik kampung zul di Perak.

P/S - gambar monorail, alikhsan & pavilion adalah from google.

4 comments:

sherry said...

kasot oshkosh tu takde size kaki aqil?

exactly the same shoes bought for akief..
then.. ada lain sket jee tang tali stripe tu.. bought for danish..

budak2 tahun ni tiga2 kasot oshkosh.. mama takde kasot langsung huwaaa (alkisah time nak beli kasot tup2 jadik itew incident kan.. huhuhuhu)

btw.. crocs mu cung seh

sherry said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sherry said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ceritacherita said...

tula susah betul nak cari size utk aqil kali ni, asyik tak de je. nasib last2 ada gak.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin