Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Wednesday, February 17, 2010

Pack & Unpack your things

 
Hello2 semua,  mesti ramai lagi yg masih mood cuti kan, tak kirala bangsa cina ke, melayu ke india ke pasti seronok cuti2 panjang. Kita kan 1 Malaysia. And yg pasti selain dr bangsa cina yg sudah semestinya cuti seminggu,  bangsa2 lain yg berpeluang utk cuti panjang pasti akan sambung juga cuti seminggukan. Oh saya masih cuti lagi hari ni, company bagi cuti free. Tapi esok saya kerja balik. Dah rindu kat pavilion ni. hahahahah.
Ni saja nak citer, cuti2 panjang ni for sure ramai yg balik kampung la or pergi bercuti kan,  korang suka tak nak pack barang bila nak pergi bercuti.  Saya cukupla tak suka, sbb saya ni bukan reti nak pack sikit2, kalau boleh satu lemari ni nak di angkut.  Sbb rasanya tak selesala kalau katakan nak bercuti utk 2 hari, setakat bawak 2/3 helai baju. Ish kang sampai2 sana rasa baju ni kurang sesuai la kan.

And lebih worst kalau yg gila kasut,  ada yg sampai nak bawak 5-6 pasang kasut sekali. Saya bab kasut mmg tak peduli sgt, cukup la sepasang selipar & sepasang kasut yg selesa, of course no high heels kalau nak bercuti. I mmg kagum la ada yg pergi bercuti pun boleh pakai 5 inch heels, tak lenguh ke kaki jalan sana sini ya.  Saya patut belajar dr anda cara2 nak bagi selesa dgn 5 inch heels. 
 
For those yg ada anak kecik,  dgn dypers lagi, itu dah makan space banyak dah, bottle susu lagi, huhuhu berapala bag kena bawak gamaknya ya.  
  
 Berbeza pulak dgn lelaki, cukup dgn knapsack bag, segala barang boleh di sumbat.   Tapi kalau zul lain pulak citer, bab baju mmg tak payahla nak pack banyak2 utk dia, dia serahkan semuanya pada saya. Tp bab gadget ha sampai 2 bag you. 1 laptop, 1 lagi playstation.  Korang fikirla berapa bag yg kitaorg kena bawak kalau nak gi bercuti or balik kampung, barang saya, barang aqil & mikhael, barang zul & gadget.  Dah rupa mcm nak pindah pulak. hheheheheh.

 
Anyway lepas dah balik bercuti or balik dr kampung,  ini yg paling saya suka, unpack barang2.  Dah tak perlu pening2 mcm nak pack barang tadi, tak payah takut ada benda tertinggal ke or tak cukup baju yg dibawa.  Saya paling suka unpack barang2. Kalau boleh sampai2 je rehat kejap & kemas segala barang semua.  Sbb tak best la kalau lama2 biarkan barang2 dlm bag, susah nak cari barang.

Itu je la citer merepek saya hari ni.  Stay tuned for more interesting story, interesting ke? eh mestila kan, citer apa lagi kalau bukan sale.  Dah habis CNY tapi mesti ada ramai lagi yg hantu shopping mcm saya, tambah2 bulan 3 ni carnival sale kan.  Ish lebih kurang KL ni tak pernah la nya tak sale.

3 comments:

mummysyafie said...

beg tu cantik kaler pink. sana ka kita..nak kemas balik tu macam malas sikit

Adrina Adi said...

ed paling malas pack & unpack ni.. hihi

ceritacherita said...

mummysyafie, cantikkan bag pink tu.

ed, mmg bab ni la paling malas

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin