Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, October 2, 2009

I want to go to Bali ...........

Siapa yg 1st time ke Bali pasti terus jatuh cinta, baru je menjejakkan kaki ke Bali sudah ada niat utk dtg lagi. Siapa yg telah pergi kali ke 2,3 or ke 4 pasti ingin lagi ke Bali. Oh Bali mcm berhantu la. Tak puas kalau hanya pergi sekali. Yes I went there before, hanya sekali. Mmg dah niat nak pergi lagi, oh bila agaknya aku boleh pergi lagi ke sana.

Panorama kat sana bagi aku setiap langkah semuanya indah2 belaka. Jalan setapak cantik, setapak lagi cantik, tiada penghujungnya. Even toilet dia walau di gerai kecil tapi cantiknya bukan main bagaikan toilet didlm hotel.




Oh saya tidak berkesempatan utk bermain2 di tepi laut. Kerana sibuk sangat utk shopping ke sana ke mari. Kedatangan saya masa tu lebih tertumpu utk bershopping, yala mana taknya semuanya murah2 belaka. Dengan hanya RM500 saya dpt membeli bermacam2 jenis perhiasan rumah, kain ela, selipar & bermcm2 jenis souvenir utk dibawa pulang. Kiranya dtg hanya bawak 1 beg, balik dengan 3 bag.

Pantai di sini sesuai utk surfing, aku langsung tak lepak kat pantai tau, ni gambar ikhsan dr camera org lain. Oh rugi, kalau saya berpeluang utk pergi lagi mesti saya akan bersantai di pantai ini. Yg happeningnya, pantai ni terletak betul2 di hadapan Hard Rock Cafe & Hard Rock Hotel.


Saya jugak tidak berkesempatan utk ke puncak gunung ni, kata org di atas ni sejuk. Mmg masa 3 hari 2 mlm tidak cukup waktu nak berkunjung ke tempat2 menarik lain, tapi i guess sempat patutnya, aku je yg lupa diri shopping bagai nak rak.

Tidak lengkap rasanya kalau ke Bali tapi tidak mencuba ke spa mereka. Masa saya ke sana, kami semua memilih utk ke Nur Salon, tah knp di sana panggil salon.

Ini suasana di dlm Nur Salon, Nur Salon ada lah spa di dlm taman, semua bilik2 yg disediakan adalah di dlm taman. Nyaman kan.


Ini la bilik2 kecil yg ada didlm Nur Salon. Nak tau berapa harga yg dikenakan pada kami ketika tu, kami ke sana ramai, lebih kurang 20 org, RM45 seorang utk 1 hour massage & 1 hour mandi lulur/bunga. Murah gila kan. Nur Salon ni terletak di Ubud.


Nak bersiar2 di Bali dgn menaiki Kuda? Saya nampak kuda ni hanya di Kuta, i guess kat kawasan ni je yg ada. Boleh sahaja. Ini pun aku tak sempat nak naik. Ish chronic betul aku shopping masa tu, dpt pulak geng yg sama, semua spot2 yg menarik yg patut dicuba/ pergi habis tak pergi.

Tempat yg telah di bomb. Kami pergi ketika itu baru beberapa bulan Bali dilanda musibah ini. So mmg Bali adalah lengang & barang2 pun sgt2 la murah, maka itu la kejadian aku shopping sampai tak ingat benda lain.



Don't miss to go to Hard Rock. Cantik sungguh di dlmnya, itupun aku tak sempat nak terokai. grrrrrr.

Seperti yg semua ketahui Bali adalah tempat happening, sesiapa yg kaki happening pergila sana anda pasti teruja. hehehehe. For those yg suka berparty dudukla sekitar Kuta or Seminyak, jln kaki sekejap je dah sampai happening spot.

Saya duduk di Nusa Dua ketika itu, mengambil masa 1/2 utk ke Kuta. So payah sikitla sbb kena tunggu cab utk ke sana. Kalau berkesempatan lagi utk pergi, saya ingin duduk sehari di Ubud & selebihnya di Kuta.

And kalau saya berpeluang lagi sekali ke sana, akan saya gunakan masa secukupnya utk melawat tempat2 indah. Shopping2 tu jatuh no.2 la, boleh percaya ke? Kalau saya pergi bersama suami yes boleh percaya, sbb dia lebih suka melawat tempat2 indah dr shopping, kalau pergi dgn kawan alamatla terjebak shopping lagi.

Pada sesiapa yg tak pernah ke Bali, saya syorkan anda pergi, pasti akan rindu utk pergi lagi ke sana, Dah ramai jugak kawan2 serta cousin saya yg pergi lepas mendengar ceritacherita saya & diorng semua akui kebenaran Bali mmg berhantu, bukanla nampak hantu ya, tapi berhantu memanggil2 utk ke sana kembali.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin