Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Last Day in Beijing - Naik Beca & Shopping ... Yay!!!

 Last day in Beijing we went to Bird Nest, tempat olympic dulu.  Cantik betul bird nest ni.

 Makan kat area dkt2 sini, kat restaurant tu ada jual souvenir & tshirt yg sgt murah. Kalau kat tempat lain fridge magnet satu 10 yuan (RM5) tapi kat sini 10 yuan for 3. Tshirt pulak tempat lain selai 35 yuan (RM17.50). Kat sini 20 yuan (RM10) selai.

 Cantikkan building belakang tu, dia bentuk dragon.

 Petang kami ke Hutong area utk naik beca.  Rupa-rupanya bukan kat Malaysia je ada beca, kt Beijing pun ada. Harganya sgt2la murah kalau nak dibandingkan dgn negara kita.  Bayar je ikut kemampuan kita, just mesti start dr 5 Yuan (RM2.50), gila murahkan. Tak sampai hati aku nak bagi 5 Yuan, penat dia kayuh, so aku bagi 20 Yuan, nampak mcm besar, tapi baru je RM10 kalau convert duit kita.


Area Hutong ni sgt2la happening, kiri kanan ada berbagai2 kedai, restaurant & pub, ala2 mcm kat changkat raja chulan tu la,  pastu keliling dia ada tasik yg boleh naik sampan2 kecik tu, sayang kami tak lama kat sini, lepas naik beca, terus pergi shopping kat Silk Street.


Inila gambar2 sekitar bandar Hutong.




And esoknya kami pun balik, ni kat Airport Beijing.  Oh nak tau citer shopping ke?  Aduhai dia bagi shopping just 2 jam je, punyala marathon shopping sampai tak sempat nak ambik gambar pun.  Tempat yg best shopping di Beijing is at Silk Street, ada 7 tingkat yg penuh dgn kedai 1st floor baju, 2nd kasut & handbag, 3rd mainan  & baju budak2, 4th household  & lagi 3 tingkat aku tak sempat langsung nak jenguk.

Tapi shopping kt sana adalah heaven, tapi adalah kena bargain gila2, bargain sampai 70%, tapi perlu diingatkan hanya bargain kalau betul2 kita nak je barang tu, dia mesti bagi punya harga kita nak, kalau rasa tak nak jangan bargain, sebab once kita bargain jgn harap nak kata tak jadi beli, dia takkan bagi kita keluar dr kedai tu nanti, ada yg siap pukul dgn tangan kat badan kita kalau kita tak mau beli.  So be careful.

Tapi i tell you,  mmg murah kalau kita pandai bargain, blouse boleh dpt dlm RM35 with a very good quality, handbag bykla yg imitation, tapi yg tak de brand pun ada.



Just apa yg aku rasa tak best kat Beijing ni, toilet dia super kotor, pintu tak de lock, Food dia rasa sgt weird,   tapi jgn risau sana byk muslim food, just chinese food diorng rasanya sungguhla berbeza dgn chinese food kat sini.  Org sana suka meludah merata, kalau kt jln raya or tepi2 jln tu aku boleh paham lagi, tapi kat tengah2 airport, selamba ludah atas lantai, terkejut aku yg tengah berjalan kat tepi org tu.

So that's all my cerita cherita Beijing.  Happy Weekends uolss.


Thursday, October 11, 2012

Summer Palace & Museum in Beijing

 Yup citer Beijing belum habis, yg ni pun bukan the last one, ada lagi.  Anyway we went to Summer Palace the next day after Great Wall of China, Oh cantik tempat ni, tapi Beijing is too crowded even on weekdays, so nak menikmati tempat ni rasa terganggu.

 Nak naik boat ni lagila tah bila nak dpt. But we still enjoy the view of this place, mmg cantik.

 My signature of post, takkan tak tau nak cover apa.





 Hi, nampak tak saya?  We didn't spend so long kat sini, next we went to Museum.

 Dlm Museum ni kisah2 raja2 cina dulu, agak menakutkan jugak la aku tengok,  ada tempat pembakaran org la, tempat gantung org la.

 Patung2 ni semua nampak real. Actually kena byr 5 yuan (RM10) utk ambik gambar, tapi puas aku cari tempat nak membayor tak jumpa2, so ambik jela.






Ramai yg letak duit kt patung ni, simbolik byr nazar ke niat ke apa la,  bagi org Islam jgn la buat ya, syirik tu.
 Inila tempat membakar org, bertapa zalimnya raja zaman dulu ya.


I hope u guys enjoy,  enjoyla kan gambar2.  aku tau korg bukan suka baca kalau tulis panjang2 pun, more pictures lagi best kan.  hahahahha.   Lainla kalau ada citer dr novel ke, dari drama or filem ke, yg tu lain la, yg tu panjang pun baca sbb  nak tau kisah.

Happy Thursday uolss, Tak sabar  nak pergi H & M on Monday.  Eh tiba2.  Wait for the update jela kalau jadi.

Thursday, October 4, 2012

To Great Wall of China - Weehoo....

Welcome to the Great Wall of China, a must place to visit kalau pergi ke Beijing. Dpt panjat sikit ke byk ke tak kisah.

 Moh mari kita mulakan perjalanan, oh mula2 jalan hanya mendatar sahaja, mendatar ni pun sikit sgt.

 Yay jln mendatar dah nak ke penghabisan, masa tu memanjat.

 Oh God tingginya.

 Ya mesti  posing lagi, walaupun naik takla tinggi mana lagi.

 Oh sangat gayat sebenarnya, aku bukanla org yg jenis gayat tapi naik tangga ni terasa sungguh kegayatannya.

 Jom naik lagi dan lagi.

 Masih dpt bertahan. Eh aku kagum sgt tau, ada ramai org tua yg gigih nak naik jugak, ada yg bertongkat pun tetap gigih.  aku yg muda remaja ni........

 Oit cukupla tu, bila nak turun ni, dah mengah ni. Ha gitula muda remaja pun tak larat.

 Meh kita posing jela. jadila dpt naik sikit, asalkan merasa ya dak.

Nun jauh di belakang aku tu ramai gak org tau, oh sgt2 kagum la, itu dah  jauh sgt, kalau aku nak kesana maybe mengambil masa 5 jam ke atas.

Anyway it's a great experience. One of 7 wonders of the world.

Friday, September 28, 2012

To Beijing - Phase 1

 Huhuhu susahnya nak mencari masa utk update blog ni,  masa mmg ada kalau rela tidur lambat. Tapi aku belum ada kekuatan utk tidur lambat to update blog.

Well this is our hotel while we were in Beijing.  Taishan Hotel, a 5 star local hotel in Beijing, harga smlm sila google la ya.

 Bilik adalah sgt selesa & luas, mmg selesala 5 hari kami kat sana.

 Rasa mcm nak buat bilik air mcm ni, simple & nice, ehem ehem.

 1st day kami ke Tiananmen Square, is the largest urban square in the world and hold about 1 million people at the same time.  Ada yg kata ni dah mcm putrajaya je. hahahahah.



Public toilet yg menghantui aku sampai la ke hari ni, tengok dr luar cantik je kan, masuk huhuhuhu teramat hancing, gila nak muntah, pastu dgn pintu yg tak de kuncinya, so you have to ask your fren to hold the door for you,  for local people there, diorang tak peduli biarkan je pintu terbuka, ada yg pakai payung utk cover. Huhuhu mmg horror la.

Kat sana ramai yg naik bicycle, sampai traffic light pun ada gambar bicycle.





Teruskan perjalanan ke Forbidden City yg berdekatan saja dgn Tiananmen Square.

Ya dah sampai.

Cantik tempat ni.


Jalan & Jalan lagi, byk berjalan kt Beijing ni, tapi berat tak turun2 gak, sbb adalah sentiasa sgt lapar.  One think i like about Beijing is their weather, mmg matahari terik, tapi udara adalah sejuk, angin menderu adalah sejuk, so tidak terasa bahang panas tu.

Ni tgh buat apa ni?  Tgh sms la,  ada gak yg ambik gambar candid.

More story on Beijing coming soon.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin