Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, June 16, 2009

Kerana Sireh ..... Part 1

Dah lama sungguh aku tak naik bus, selalunya kalau guna public transport lrt & monorail jela. Tapi pada suatu hari kerana sireh, aku naik jugak bus. Ala2 jakun gak la mula2 naik bus ni. tengok2 wah dah ada tv, walaupun ia hanya memaparkan iklan, tapi still bagi aku this is something new. Baru la cantik bus2 di Malaysia ni kan. kalau dulu time aku naik bus hari2, alahai most of the buses mcm nak terberancai, tak kira kat dlm or luar. Bravo to rapid kl.

Ha, ni ticket dia, aku nyaris2 nak buang, bila tiba2 aku teringat ada org kata eh skrg ticket bus byr sekali je, then boleh guna the whole day, tapi ini hanya utk bus rapid kl. nasib aku tak buang, kalau tak kena byr sekali lagi, lainla kalau naik dgn org kerja kat rapid kl tu kan, dpt free ride. hehehehe.

Aku sepatutnya berhenti depan bangunan TM kat jln raja chulan tu, tapi puas aku petik loceng tak jugak bus tu berhenti, last2 kat depan kotaraya ni la bus tu berhentikan aku. Dah bertahun2 aku tak lalu kat depan kota raya ni, last sekali masa time belajar kat ITM Shah Alam dulu. Ingat nak singgah tengok apa ada kat dlm, tapi di lain masa la, karang tak sempat pulak aku nak mencari sireh.

Aku pernah kena tipu masa wash & blow kat dlm kotaraya ni, katanya student RM10 je, last2 aku kena sampai RM30. nak nangis rasanya masa tu, yala kita kan student nak jimat. sbb2nya aku kena harga sampai gitu sbb dia taruk tonic, kalau nak kenakan org pun tengok2la sikit, ni student. Nasib aku ada duit time tu, buat nya tak de silap2 kena jadi shampoo girl agaknya kejap.


Ni la Klinik pergigian yg aku selalu kena kujungi masa sekolah menengah dulu, every month aku mesti ke sini.

Ini la the first Mc Donald restaurant yg aku masuk, time tu masa sekolah menengah.

Tempat aku tunggu bus utk balik ke rumah. Nostalgia betul la tempat ni. Macam2 kenangan waktu muda belia.

Pagi2 kat depan bangunan ni ada nasi lemak yg sgt sedap, tak taula skrg ni ada lagi ke tak.

Aku pernah tuition kat sini masa tingkatan 3.

Ni pulak tempat tunggu bus utk ke Ampang, aku dulu masa mula2 kerja selalu gak lepak kat ampang. ada org kat sini siap tanya, aku ni wartawan ke, dah aku asyik tangkap gambar sana sini je kan.
Sebelum aku sampai ke kedai sireh, aku ternampak sebuah kedai yg agak usang tetapi sgt unik yg menjual mcm2 jenis bakul. Macam2 jenis bakul ada di jual. Walaupun terletak di tengah2 bandar tapi kedai ni tetap seperti kedai2 yg jenis2 lama tu.

Ha akhirnya aku sampai juga ke destinasi sebenar. Kerana sireh, aku terpaksa berjalan dr kotaraya hinggala ke masjid jamek.

Kerana sireh juga aku akan bercerita cherita mengenai kawasan di sekitar masjid jamek....

4 comments:

Jas said...

Baby,

U nak buat apa ngan sireh?

Dah org tu tanya wartawan ke, u jawab apa? Mesti dia ingat cutenya wartawan ni. Hehehe!

Nurul a.k.a Riko said...

Baby...

Teringat masa zaman naik bus mini dulu...

Julie said...

hahaha... aku pun tak pernah naik bas lagi semenjak dpt lesen kereta.

ceritacherita said...

jas,
ada petua org2 tua2 i buat dgn sireh tu. hehehehehe.

i senyum je bila dia tanya i wartawan ke.

riko,
ha zaman bus mini pink. gilala naik bus tu, dah la kecik, ramai org pulak tu. rasa mcm nak terbalik je bus tu.

julie,
ha try la naik bus, dah cantik dah bus skrg.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin