Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Wednesday, October 31, 2012

Semua org nak kurus!

 Comel bulat je benda ni  kan.  Tapi kalau kita jadi bulat begini cantik ke?  Budak2 ni mula2 malu2, ajak aku pergi sekali.

 Last2 si kecik tu cakap, eh ini org la mama, tangan dia ada jari lima.  Hahahahah, mmg la org, ingat benda mcm ni wujud ke kat dunia.  Budak2 kan.

 Well, back to the story, kalau kita dah bulat gini, surela terfikir nak jadi kurus kan, sapa yg tak nak  kurus,  tapi bukan senang nak kurus kalau dah terlebih sgt lemak mcm aku ni.  So kali ni aku usaha sekali lagi utk menjadi kurus.  Aku ni selalu usaha, bila dah capai je berat yg nak, makan byk balik. Hasilnya gemuk balik.

 Actually ramai kata aku tak dela gemuk mana pun, just perut tu makin lama makin membukit, and lengan makin membesar,  maka mmg nampak gemukla kan.  So apa yg aku buat skrg utk jadi kurus. 1st, org kata sabun ni dpt membantu, maka aku pun beli la, sabun pakai masa mandi, sapu kat perut biarkan 5 minite pastu bilas.


Tak cukup dgn sabun, aku try pulak suria secret ramping balm ni,  ha lepas mandi sapu pulak ni, biarkan kering sikit, then pakai spanx.  Yg ni katanya money back guarantee kalau tak de jugak perubahan.  So we will see.  Ni semua hanya utk membantu jela, takkan la benda2 ni  je boleh kuruskan badan ya dak.


Kalau nak kurus, apa lagi kenala exercise, I tried this exercise, dah lebih kurang 1 week ++.  Harap2 perut akan kempisla tak lama lagi.  Pasal food intake, ha inila menjadi masalah besar for me, aku ni kuat makan, selalu je  lapar, so nak control tu agak susah.  So skrg aku cut down nasila, dr selalu makan 2 pinggan (ni kalau kat rumah la, kalau kat luar tak dela mintak nasi tambah pulak) skrg ambik nasi suku je.  Kalau mlm makan before 8, pastu kalau lapar lagi, menahan jela.

Ok wish me luck, harap2 berkekalan hendaknya usaha murni aku ni.  I have to leave my favourite dessert iaitu cake, oh sabar2.


Tuesday, October 23, 2012

Mothercare - 30% off





 Not all, but some of the baju is on 30% at Mothercare now.  But ada banyak la jugak. Go and grab it.  I love Mothercare baju so much, baju tahan sampai bila2 tak expand pun baju tu even dah basuh banyak kali, just warna tu tak boleh nak kata la, kalau dah basuh byk kali bertahun2 adalah akan lusuh juga.








Go and check it out.

Happy Tuesday everyone, 2 more days to work and yes 3 days holiday.

Wednesday, October 17, 2012

Which deodorant do you like most?

Amway deodorant ni la yg paling i suka, tahan sampai 2  hari ketiak tak busuk, tapi itu dulu la, skrg punya amway deorant dah tak mcm dulu,  dah mcm deodorant murah yg lain je tahap ketahanan dia. So buat apa byr lebih tapi dpt yg sama mcm murah kan, baikla beli yg murah.  Oh sedih sgt quality dia tak mcm dulu lagi.   Kenapakah selalu sgt product bila dah popular je quality pun kurang.

 Rexona ni ikut mood aku, kadang guna kadang tak, sbb ketahanan dia sampai balik kerja je.

 Ha yg ni Nivea black & white, baca review dr bloggers wah gah habis,  tapi hampeh, maybela dia elok tang ketiak baju tak jadi putih bila pakai baju hitam & tak jadi kuning bila pakai baju putih, tapi tahap ketahanan dia sampai tengahari je, lepas tu ketiak akan lecak dgn peluh. Itu experience aku la,  berpeluh2 ketiak bila dah tengahari, so kau dpt elakkan baju dr kotor kesan putih & kuning tp dpt pulak baju basah dek peluh di ketiak.  Oh tetap yukss, so mmg tolak ke tepi la this deodorant.
 Terjumpa roll on lady speed yg ada baby powder (google gambar tak jumpala pulak), oh sgt2la best, tahap ketahanan pun lama, tapi aduhai bila sesuatu benda yg aku suka tu, tup2 cari lagi lepas tu dah tak de, yg ada just yg bawah ni.

This one pun nice, tapi just yg baby powder tu lagi best.

Deodorant adalah sgt penting ya, kepada sesiapa yg tak guna deodorant sila la guna, cuba2la bau ketiak tu tengit ke tidak. Ada org yg di lahirkan peluh dia tak berbau, so tak pakai deodorant pun tak pe, lucky to them. Tapi aku rasa ramai yg ketiak tengit tapi tetap tak pakai deodorant.  Sila2 la jaga ketiak anda, jgn bagi org sekeliling tak lalu nak membaunya.

Peace yo. Happy Wednesday.


Friday, October 12, 2012

Last Day in Beijing - Naik Beca & Shopping ... Yay!!!

 Last day in Beijing we went to Bird Nest, tempat olympic dulu.  Cantik betul bird nest ni.

 Makan kat area dkt2 sini, kat restaurant tu ada jual souvenir & tshirt yg sgt murah. Kalau kat tempat lain fridge magnet satu 10 yuan (RM5) tapi kat sini 10 yuan for 3. Tshirt pulak tempat lain selai 35 yuan (RM17.50). Kat sini 20 yuan (RM10) selai.

 Cantikkan building belakang tu, dia bentuk dragon.

 Petang kami ke Hutong area utk naik beca.  Rupa-rupanya bukan kat Malaysia je ada beca, kt Beijing pun ada. Harganya sgt2la murah kalau nak dibandingkan dgn negara kita.  Bayar je ikut kemampuan kita, just mesti start dr 5 Yuan (RM2.50), gila murahkan. Tak sampai hati aku nak bagi 5 Yuan, penat dia kayuh, so aku bagi 20 Yuan, nampak mcm besar, tapi baru je RM10 kalau convert duit kita.


Area Hutong ni sgt2la happening, kiri kanan ada berbagai2 kedai, restaurant & pub, ala2 mcm kat changkat raja chulan tu la,  pastu keliling dia ada tasik yg boleh naik sampan2 kecik tu, sayang kami tak lama kat sini, lepas naik beca, terus pergi shopping kat Silk Street.


Inila gambar2 sekitar bandar Hutong.




And esoknya kami pun balik, ni kat Airport Beijing.  Oh nak tau citer shopping ke?  Aduhai dia bagi shopping just 2 jam je, punyala marathon shopping sampai tak sempat nak ambik gambar pun.  Tempat yg best shopping di Beijing is at Silk Street, ada 7 tingkat yg penuh dgn kedai 1st floor baju, 2nd kasut & handbag, 3rd mainan  & baju budak2, 4th household  & lagi 3 tingkat aku tak sempat langsung nak jenguk.

Tapi shopping kt sana adalah heaven, tapi adalah kena bargain gila2, bargain sampai 70%, tapi perlu diingatkan hanya bargain kalau betul2 kita nak je barang tu, dia mesti bagi punya harga kita nak, kalau rasa tak nak jangan bargain, sebab once kita bargain jgn harap nak kata tak jadi beli, dia takkan bagi kita keluar dr kedai tu nanti, ada yg siap pukul dgn tangan kat badan kita kalau kita tak mau beli.  So be careful.

Tapi i tell you,  mmg murah kalau kita pandai bargain, blouse boleh dpt dlm RM35 with a very good quality, handbag bykla yg imitation, tapi yg tak de brand pun ada.



Just apa yg aku rasa tak best kat Beijing ni, toilet dia super kotor, pintu tak de lock, Food dia rasa sgt weird,   tapi jgn risau sana byk muslim food, just chinese food diorng rasanya sungguhla berbeza dgn chinese food kat sini.  Org sana suka meludah merata, kalau kt jln raya or tepi2 jln tu aku boleh paham lagi, tapi kat tengah2 airport, selamba ludah atas lantai, terkejut aku yg tengah berjalan kat tepi org tu.

So that's all my cerita cherita Beijing.  Happy Weekends uolss.


Thursday, October 11, 2012

Summer Palace & Museum in Beijing

 Yup citer Beijing belum habis, yg ni pun bukan the last one, ada lagi.  Anyway we went to Summer Palace the next day after Great Wall of China, Oh cantik tempat ni, tapi Beijing is too crowded even on weekdays, so nak menikmati tempat ni rasa terganggu.

 Nak naik boat ni lagila tah bila nak dpt. But we still enjoy the view of this place, mmg cantik.

 My signature of post, takkan tak tau nak cover apa.





 Hi, nampak tak saya?  We didn't spend so long kat sini, next we went to Museum.

 Dlm Museum ni kisah2 raja2 cina dulu, agak menakutkan jugak la aku tengok,  ada tempat pembakaran org la, tempat gantung org la.

 Patung2 ni semua nampak real. Actually kena byr 5 yuan (RM10) utk ambik gambar, tapi puas aku cari tempat nak membayor tak jumpa2, so ambik jela.






Ramai yg letak duit kt patung ni, simbolik byr nazar ke niat ke apa la,  bagi org Islam jgn la buat ya, syirik tu.
 Inila tempat membakar org, bertapa zalimnya raja zaman dulu ya.


I hope u guys enjoy,  enjoyla kan gambar2.  aku tau korg bukan suka baca kalau tulis panjang2 pun, more pictures lagi best kan.  hahahahha.   Lainla kalau ada citer dr novel ke, dari drama or filem ke, yg tu lain la, yg tu panjang pun baca sbb  nak tau kisah.

Happy Thursday uolss, Tak sabar  nak pergi H & M on Monday.  Eh tiba2.  Wait for the update jela kalau jadi.

Monday, October 8, 2012

I'm currently addicted to it + Cotton On Sale

 Hai yakkkkk....

 Elak.... Hai Yak.

 It's Samurai Burger, yes i am currently addicted to it,  so far tak jemu2,  burger ni sampai bila ya, jgn kang tiba2 nak lagi udah tak de. huhuhu.  Sapa tak try lagi, pergi la try, nescaya akan addicted mcm saya.

 Lagi satu sapa tak addicted to shopping angkat tangan, kalau bolehla bila2 masa saja mau shopping kan.  Jom Cotton ON is on sale now.


 Sama mcm Samurai Burger for limited time only.  Sampai bila tidak diketahui, skrg most sale, selain Isetan, Sogo, Parkson, Jusco etc la,  kedai2 satu2 ni kalau tanya sale sampai bila,  diorng sendiri tak tau, bila management suruh stop diorg akan stop.  Strategy yg bagus actually, kalau tau habis bila mesti kata ah nanti tunggu gajila, last2 malas nak pergi & tak beli.   Bila tak tau, pasti yg akan grab time tu je.



Happy Samurai & Happy Cotton On uolss. Cepatla kul 5.30 pm.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin