Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, March 12, 2010

For us to remember

 A bit too long but worth reading.  Betul la cakap my mom, kalau nak marah anak, marah tu berpada2. Kawal anger kita, sbb kita ni ibu, jgn sampai tercakap yg tak elok. Kalau pun tercakap, cepat2la tarik balik kata2 tu.  Sbb cakap seorang ibu ni selalunya dimakbulkan tuhan.

Biasala anak mmg buaskan, tak reti diam, kadang2 boleh jadi hilang sabar, especially  kalau time kita penat.  So mulala kadang2 mulut ni nak  tersebut perkataan yg tak elok, mencarut sudah pastila harap dijauhkan, tapi perkataan mcm ni pun harus dijauhkan,

- ish bosanla asyik nangis je, malas nak jagala kalau mcm ni.
- ish tak dengar kata betul la,  menyusahkan betul
- I'm really fed up with you

Well I have to remind my self too, jgn marah tak tentu pasal kat 2 org budak ni, walalupun mmgla sgt2 buas.

Enjoy reading guys


Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.

            Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak
penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran
sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.


            Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:


            Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa
pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam
catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah
tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan
keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan
tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.


            Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu
jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan
syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan
ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.


               Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki
comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah
itu.


            Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan
subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku
sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini
mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.
Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi
seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal,
anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.


            Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan
sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap
ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu
kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.


            Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit
kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak
mengulanginya kembali.


            "Mama, abang minta maaf .... Abang tak akan ulang lagi."
Itulah
ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.


            Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan
mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.
Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih
dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran
dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.


            Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana
kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada
tetamu yang bakal datang.


            Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah
terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang
langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.


            "Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih
kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar
rentung ladang hemahnya.


            Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu
mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak
melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada
di hadapan pagar.


            Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu
terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah
terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran
longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah
anaknya.


            Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia
meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan
menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah
merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.


             "Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam
raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta
laluan daripada pemandu lain.


            "Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang
baik
tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."


            Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan
bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam
keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga
telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan
kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah
bercucuran keluar.


            Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis
semahunya.


            "Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat
kerana kesakitan itu.


            "... Abang janji tak akan buat lagi."


            Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu
dengar.


            Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian
kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan
mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa
merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.


            "Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu
yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."


            "Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."


            Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan
setulus-tulusnya kepada tuhan.


            Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola
matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.


            "Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik."
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.


            "Anak puan ... Telah meninggal dunia."


            Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap
sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.


            Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras
ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun
kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia
meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat
selama-lamanya.


            "Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan
di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."


            Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku,
dingin sekali.


            Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu
keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya
penuh koyakan kertas yang ditaburkan.


            Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu
berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di
sepanjang hidup ini."


            "Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu
rindu
pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"


            Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun
hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.
Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.


                               **********


            Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu
nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.


            Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,
hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

7 comments:

adikmanje@ellyazarmilia said...

bb..mengalir airmata adik baca citer ni...rasa garangnya adik dengan eisya selama ini...

ceritacherita said...

adik,
tula samala kita, baby baca pun rasa sedih, mmg rasa garangnya kat aqil & mikhael.

Lunatots Kota Kinabalu said...

ana, yes..same goes to me..luqman selalu wat d same,mainan,kertas,aduhh! Membebel mmg hari2,mintak maaf mama..luqman x buat lg pun hari2..but today i realize sth..tq dear. Semoga kita menjadi ibu yg lebih tabah dan sabar mendidik anak2 kita amin.

niza salleh said...

ala sedih la b, baca entry ni huhuhuuhu..wat peringatan tuk aku nanti..supaya sabar dgn karenah anak. Insyaallah

ceritacherita said...

line,
tula kita kena sabar kan dlm mendidik anak. Article ni mmg sedarkan aku la supaya jgn garang sgt dgn anak2.

Niza,
Yup sama2 kita sabar dgn kerenah anak kan.

Legally Pink said...

Ah sedihnya kan cerita ni!!

red rose said...

huhh..thank 4 the story..remind me to take it easy wth my 2 kids..smtimes mmg hard 2cntrol temper at young age..being mom of 2 at 25 is hard..alhamdulillah,insaf baca story nih..now i akan cuba nikmati every second i have wth my precious kids..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin