Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Thursday, May 14, 2009

Masak apa tu?

Once a week aku mesti pergi rumah my mom. So biasala kalau anak cucunya dtg, mama mesti masak best2. So ni last week punya menu.

Sambal Tumis Udang
- Tumis bawang putih & bawang kecil yg telah ditumbuk, tumis sampai naik bau
- Masukkan cili kiring yg telah diblend (my mom tak guna cili boh dipasaran, dia rebus cili kering, then buang biji cili kering tu, then blend)
- Biarkan cili kering tu seketika, agak2 dah masak, masukkan air asam jawa dlm 3 sudu
- Masukkan garam & gula secukup rasa
Siap



Masak Lemak Cili Padi
- Tumbuk cili padi seberapa byk yg anda suka, nak lagi pedas, taruk lagi byk, kebiasannya kalau aku yg masak aku taruk 12 tangkai cili padi
- Tumbuk bawang merah kecil
- Tumbuk kunyit hidup (sikit je ya)
- Tumbuk semua tu together
- Masukkan dlm periuk segala yg dah tumbuk tu
- Masukkan santan 1 mug
- Letak atas dapur, make sure kacau selalu supaya santan tak pecah
- Masukkan gula & garam secukup rasa
- Nak lagi sedup masukkan daun kunyit, kalau tak nak pun tak pe
-Isi kandungan dia ikut suka la nak masak cili api apa, udang boleh ikan boleh. paling sedap for me is udang
Siap


Sayur Sawi
- Sayur sawi masak air ni tak payahla aku bagi resepinya ya, semua org tau nak masakkan.

2 comments:

Sherry said...

iskh! pepagi letak entry abt fud.. bikin ku lapar plak.. hehehe..

sambal tumis lawan sama masak lemak cili api.. terangkat weh.. slurppp

ceritacherita said...

hahahah, letak pagi2 senang boleh bagi idea nak makan apa lunch karang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin