Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, May 29, 2009

Gambar-gambar Bersanding

Ni je gambar yg aku ada for bersanding. So enjoy ya. Selesai la sudah entry pasal wedding shai dr mula hingga akhir from our side (pihak perempuan). Stay tune for entry utk side lelaki pula ya.




Saat2 akhir sebelum melangkah ke dewan

Cerita Cherita debaran saat-saat akhir..

Gambar2 make up aku tak sempat nak ambik byk2, shai start make up at 6.30 pm, masa tu aku tengah siapkan 4 org, aqil, mikhael, diri aku & my hubby. Aku sampai bilik shai at about 7.10 pm. ambik gambar serba sikit, done my fake lashes, heheheeh aku pakai fake lashes mlm tu, tapi gambar tak sempat nak ambik, semua org tgh busy. then 7.30 pm aku turun ke bilik aku balik. Siap2 by 8 pm turun ke hall.

I love the eyes, cantikkan Munie make up kan mata.

Bunga pegang.

Kasut

Selendang yg di jadikan vail

The pelamin yg sedang menanti pengantin utk Singgah Sana di atasnya.

Antara para tetamu yg hadir

Slide yg mengalu2kan kedatangan para tetamu

Flower girl yg telah siap sedia menanti pengantin utk sama2 masuk ke dewan.




Masa ni kompang dah berbunyi & flower girl bersama2 pengantin mula berarak masuk ke dewan.
Muka yg penuh debar melangkah masuk utk duduk di Singgah Sana pelamin.

Dua budak yg tak reti diam

Ini dua org budak mmg tak reti diam. Ni lepas habis rehearsal. Tak cukup dengan berlari satu hallnya, masuk bilik aku ingat nak suruh diorg tidur, puas aku dodoikan tapi diorng sibuk nak bangun dari katil. Last2 aku give up, biarkan je diorng main dulu.

Dah la time ni dah pukul 5 pm. Majlis start kul 8pm. By the time pukul 6.30 pm dah nak kena siap2 dah. Ni dah la dr siang tadi tak tidur2 kan, diorg ni kalau tak tidur nanti ada jela meragam.

Nasib dia tak main tekan2, kalau tak tau2 jela phone hotel tekan apa je no. ada je org menjawab.


Hep! Jgn buka peti ais tu.

Letak balik phone tu baby, nanti ada org jawab baru tau.

Meh kita tulis, apa yg kita nak order, then kita call room service

Akhirnya, puas aku berwrestling dgn dia tak bagi dia bangun. last2 tidur jugak. Tapi itu budak lagi sorang yg dah bedal choc cake tak tidur2. Nasib la mlm tu dia tak meragam.

Thursday, May 28, 2009

Celebrate birthday Mikhael

Birthday Mikhael is a week before the wedding. so dah alang2 ada wedding aku tumpang sekali buat bday Mikhael. Mula2 ingat nak buat after nikah shai, tapi masa tu punyala ramai org then agak2 dah petang sikit, budak2 pun dah tidur, kepenatan, so postponed time rehearsal ni.

Cake ni la Aqil bedal dgn byknya sampai jadi sungguh bertenaga. Tapi mmg betul agaknya budak jadi hyper active makan chocolate, sbb Aqil slept at 1.30 am that night walaupun dia berlari ke sana kemari on that night. Mcm tak penat je.




Rehearsal kat hotel

Cerita Cherita hari rehearsal.

We had our rehearsal on sunday, petang kul 3.30 pm. Aku tak masuk campur just jadi tukang sibuk je. Ada org tanya aku, knp tak jadi bridesmaid, ish dgn badan yg montel ni tak kuasa aku nak naik atas pelamin.

Rehearsal ni for those yg involve je la, bridesmaid, best man, dayang2 kecik, MC and of course kedua pengantin.

Aqil yg tak reti diam on that day, dari siang sampai la ke mlm, berlari je kerja nya. I gave him chocolate cake petang tu, sbbnya kitorg semua alas perut makan nasi dulu, yala kan tak tau kul berapa diorng akan serve the food, kang takut budak2 lapar. tapi aqil tak mau makan nasi.

And kebetulan ada pulak choc cake, aqil mmg hantu chocolate. so dia bedal bukan main byk lagi. So betul ke chocolate ni buat budak jadi hyper active?

Aqil posing depan entrance

Yg ada kain ropol2 color pink tu is meja utk makan beradap

The Pelamin
Yes, my sister love pink so much. Cantikkan color ni. Aku mmg suka color2 soft utk wedding, maybe aku agak ketinggalan kut, kalau color yg terang2 mcm merah ke, cantik mmg cantik but tak sesuai la for wedding kan.





Ni kat depan pintu masuk di letakkan tepak sireh, sireh junjung & alat2 merenjis and ada kata2 pujangga mengenai perkahwinan melayu. Sangat2 unik bagi aku, yg ni hotel yg buatkan.





The bunga pahar, di beri kepada yg merenjis.

Selepas Di Ijab Kabul

Betul ke ejaan Ijab Kabul tu, tak biasa pulak guna perkataan ni. Alhamdulillah segalanya telah selesai, ke dua pasangan telah selamat menjadi suami & isteri. Walaupun ada sedikit misteri nusantara, syukur segalanya selamat. Semoga jodoh kekal dunia akhirat dan dilimpahi dgn rezeki yg murah.



Mahathir menyarungkan cincin untuk Shai

Shai menyarungkan cincin utk Mahathir

Menyerahkan mas kawin yg bernilai RM101, ikut negeri Perak. Kami berasal dari Ipoh, Perak.


Shai with her FIL

Mahathir with his father

Shai with her MIL

Mahathir with his mother



Shai with our father

Mahathir with FIL

Shai with our mother

Mahathir with MIL

Makan beradap with Mahathir parents & siblings.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin