First sekali yg kami nampak is Menara Taming Sari. Nak naik kenala beli ticket dulu. Harga utk dewasa RM10 and kanak2 dibawah 12 tahun RM5 sahaja. This is only apply to Malaysian Citizen ya. For Foreigners RM 20 for Adults and RM 10 for Children (under 12 years of age).
Kata Aqil kita nak naik UFO ni. Mmg ada gaya mcm UFO kan. Hehehehehe. Menara ni di bina dgn bentuk keris Taming Sari.
Sapa yg gayat dinasihatkan jgnla naik.
Dari atas boleh nampak pemandangan sekitar Bandar Melaka.
Si kecik tu gayat sebenarnya, tapi dia ok je tak nangis, just dia tak mau tengok ke bawah.
Ha dr atas kami nampak kapal ni, Ingat kut just sekadar kapal je, rupanya ada museum didalamnya.
Moh kita naik kapal.
Sedikit info Sejarah mengenai kapal ini,
Dibina mengikut bentuk kapal Portugis yang karam di Selat Melaka sewaktu pelayaran balik ke Portugal, 'Flora De La Mar'. Dengan muatan yang penuh dengan barang-barang berharga diambil dari Melaka, kapal itu tenggelam dan kekal di situ sehinggalah usaha mencari harta warisan Melaka dilaksanakan. Di muzium ini pelawat boleh melihat dengan lebih dekat lagi kemasyhuran kesultanan Melaka pada kurun ke-14 hingga ke era Portugis, Belanda dan Inggeris. Terdapat juga pameran kapal-kapal asing yang pernah berlabuh di Melaka sewaktu zaman kemakmurannya.
Masuk utk dewasa RM6 and kanak2 bawah 7 tahun Free. Opss 7 - 12 Tahun, berapa ya, dah lupa, tapi agak RM3 rasanya.
Muzium ni terbahagi kepada 3 tingkat, hanya di bahagian bawah mempunyai air cond, seolah2 ni membuatkan kita berasa seperti di dlm kapal, di mana bahagian bawah terasa sejuk disbb kan air laut.
Byk gambar aku asyik sibuk dgn hp je kan, actually aku kan pekerja dedikasi, time tu kan office dah buka, maka bykla email masuk. Sebagai pekerja dedikasi (ahaks), bunyi je email mesti nak tengok.
Ini adalah patung replikasi Hang Tuah. Aku dah berbelas tahun tak ke Melaka, last ke Melaka masa sekolah, mmg seronok sgt ke Melaka. Sapa2 yg tak pernah pergi lagi, jadikan Melaka your next holiday destination.
Ada byk lagi cherita Melaka, Stay Tune.
No comments:
Post a Comment