Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, September 29, 2012

Celcom Cup Cake Challenge ...and the winner is....

 An excited Saturday for me today, sbb harila kita akan dpt tau who is going to win the Celcom Cup Cake Challenge among the 55 finalist.  Wee Hoo.

 Sampai2 Publika Solaris (mujur tak sesat, first time I pergi sini you), dari jauh dah nampak papan tanda ni, ah I yg bukan contestants pun rasa excited sungguh.

 Tengok meja semua dah siap sedia utk each and every contestants.

 Setiap meja telah disediakan cup cakes yg dah di bake, peserta hanya perlu decorate je.  Ah bunyi mcm senang sungguh.  I think this is the most exciting contestla, fun & mudah.

 All the contestant tgh kusyuk mendengar brief, sure diorg dah berdebar2.

 And the battle begin,  kalau I yg masuk dengan berdebarnya sure tangan ketar,  I tengok diorg ni semua steady je walaupun punyala ramai org yg tengok, ada yg tengok dr dekat.

 Hello semua,  all the contestant were given 1 hour to decorate.  Fuhhh.

 Antara cup cake yg menjadi pilihan juri and tersenarai top 10.  It was crowded, i didn't manage to take each & every cup cake.

Yg sedih ada jugak yg ambik jalan mudah,  hias gini je, kalau mcm ni, i pun boleh.

 Anyway setelah selesai 1 hour, tadammm masa utk di judge, inila 3 judges kita.  First time I tengok Dato Fadzley dr dekat, mmg he is good looking. :)

 Judges pergi ke setiap meja contestants utk lihat each & every decoration.

 And bukan setakat tengok decoration je, mereka2 yg tersenarai top 10, kena pulak interview sebelum di pilih pemenangnya.


At last, here are the winners.


Winner: Vincent Liew
1st runner up: Juneci Siong
2nd runner up: Mac Leong


The Winner Cup Cake (Courtesy from Celcom Cup Cake Fanpage)

Congratulation guys,  Best betul hadiah dr Celcom.  For more stories of the Cup Cake Challenge, you may login to their fan page http://www.facebook.com/#!/cupcakeschallenge?fref=ts  Dengar citer ada surprise lagi from Celcom, do check out their facebook ya.

Friday, September 28, 2012

To Beijing - Phase 1

 Huhuhu susahnya nak mencari masa utk update blog ni,  masa mmg ada kalau rela tidur lambat. Tapi aku belum ada kekuatan utk tidur lambat to update blog.

Well this is our hotel while we were in Beijing.  Taishan Hotel, a 5 star local hotel in Beijing, harga smlm sila google la ya.

 Bilik adalah sgt selesa & luas, mmg selesala 5 hari kami kat sana.

 Rasa mcm nak buat bilik air mcm ni, simple & nice, ehem ehem.

 1st day kami ke Tiananmen Square, is the largest urban square in the world and hold about 1 million people at the same time.  Ada yg kata ni dah mcm putrajaya je. hahahahah.



Public toilet yg menghantui aku sampai la ke hari ni, tengok dr luar cantik je kan, masuk huhuhuhu teramat hancing, gila nak muntah, pastu dgn pintu yg tak de kuncinya, so you have to ask your fren to hold the door for you,  for local people there, diorang tak peduli biarkan je pintu terbuka, ada yg pakai payung utk cover. Huhuhu mmg horror la.

Kat sana ramai yg naik bicycle, sampai traffic light pun ada gambar bicycle.





Teruskan perjalanan ke Forbidden City yg berdekatan saja dgn Tiananmen Square.

Ya dah sampai.

Cantik tempat ni.


Jalan & Jalan lagi, byk berjalan kt Beijing ni, tapi berat tak turun2 gak, sbb adalah sentiasa sgt lapar.  One think i like about Beijing is their weather, mmg matahari terik, tapi udara adalah sejuk, angin menderu adalah sejuk, so tidak terasa bahang panas tu.

Ni tgh buat apa ni?  Tgh sms la,  ada gak yg ambik gambar candid.

More story on Beijing coming soon.

Monday, September 24, 2012

When mama is Going to Beijing - already reach Malaysia actually

 Mula2 cari bag dulu, bag dulu pinjam, hehehehe.  Last minute baru nak cari tau, sbb mcm2 hal sebelum tu, tup2 esoknya nak pergi Beijing barula hari ni membeli bag, maybe sbb kecoh hal bag ni rupa2nya bag tu mmg nak menang loteri,  tak di sangka2 bag baru memberi rezeki utk shopping.  Hehehehehe jap lagi i citer ya.

 Sebelum pergi,  biasala segala toiletries nak kena beli kan.  Bawala si kenit ni sekali pergi beli, sibuk nak angkut bakul yg lebih kurang sama besar je dgn dia.

 Oh before that, mcm biasa bila mama nak outstation kenala siapkan semua baju, bukan abah tak reti cari baju tapi utk menyenangkan abah.

 So hari yg ditunggu2 telah pun tiba,  Good bye Malaysia, See you Beijing.

 Perjalanan ke Beijing tak la jauh mana actually, 5 1/2 jam je, tapi sbb i naik Singapore Airlines, kena transit, dr pukul 11.30 am kat KLIA,  kul 11.30 pm baru sampai Beijing, buang masa seharian je kan.  Oh sorry gambar diatas agak blur, It stated Baggage Inquries.  Huhuhu tiba2 je sampai Airport Beijing masa tgh2 cari bag, ada satu papan tanda tulis Nushirwan, huhuhu itu nama bapak aku tu.  Dlm hati adoi apa problem la pulak ni, terus terfikir worst, ntah2 ada org dah taruk dadah dlm my bag.

Rupanya my bag tertinggal,  adoi tensionnya masa tu,  dahla baju yg dipakai dr pagi, lengasnya rasa, my toiltries lagi.  Kecohla kejap jadinya, dia kata my bag is already on the way, aku malas nak caya, sbb dulu my fren pun pernah kena gini, sampai ke sudah dia sampai Malaysia baru dpt bag tu.  So mintakla diorg bawak ke convenience store,  adoi tak mcm Malaysia la yg ada merata 24 hours convenience store, diorg punya semua dah tutup. ado gigi aku ni camne, takkan tak yah berus, so depa pun kasila berus gigi & ubat gigi.


 But wow surprisingly my bag reach my  hotel at 2.50 am.  Tengok kat pelekat bag tu, RUSH.  And mmg bag baru tu membawa tuah la, teringgal, dpt bag balik within a few hours je, pastu dpt duit lagi.  Huhuhu extra money utk shopping.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

 Well, alhamdulilah jugak i pun dah sampai Malaysia dgn selamatnya.  My 2 kids yg excited nak ambik mama, awal2 lagi dah sampai area KLIA.

 My husband sent this pictures to me,  Mikhael knp muka monyok mcm ni, Alel ingat mamala abah,  so touching kan.

 Well, tengok preview gambar kat Beijing ni dulu ya.  Great wall of China, ha tertuduk dah aku.  Tinggi gila babe.

 At Summer palace.

Belatar belakangkan dragon building.

Wait for my entry citer pasal Beijing ok.

Wednesday, September 12, 2012

River Cruise Melaka

 Kalau ke Melaka,  oh jgn sesekali miss utk naik boat ni.  Best tau, paling i suka dpt tengok perkampungan yg masih di kekalkan dgn cara2 kehidupan lama di zaman parameswara dulu. Dengan hiasannya, langsir semua2 la semua masih kekal seperti dahulu.  Ni semua adalah hasil kerjasama penduduk kampung & kerajaan.



 As along the river we also can see the art on the wall, cantik2 diorng lukis.  And juga kedai2 makan yg dibina seperti zaman dulu2.  Cantik sgt.

Harga naik boat ni adult RM10 each and children RM5 each.  Sepanjang perjalanan diorg akan terangkan tentang sejarah2 yg dpt di lihat kiri & kanan sepanjang perjalanan merentasi sungai ni.



 Lepas dah naik boat, kami ke tempat souvenir, Niat pertama nak cari sangai.  ce korang bagitau kat mana lagi nak cari sangai ni?  Sangai cakap org Perak,  org Malaysia panggil tudung saji.  Aku dah cari seluruh pelusuk Malaysia, yg jumpa hanya di Melaka.

 Dah siap beli souvenirs semua, time to balikla apa lagi. 

Berjalan ke kereta, tiba2 budak tu berdiri tegak, dah mcm kawat pulak. Anyway i will definitely go to Melaka again.  Sapa yg last pergi Melaka zaman sekolah tahun 80 - 90 an dulu, mcm aku ni, sila la pergi ke Melaka, mmg jauh berbeza.

Happy Wednesday. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin