Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, July 30, 2012

Guess Handbag & Iftar

 Sebut sahaja Guess, sure aku teringat zaman2 kat ITM dulu.  mmg mengila aku kumpul duit nak beli barangan guess, name it, baby t, accesories, jam, handbag.  Design dia mmg cantik2 sgt time tu. tapi ada satu ketika design guess sgtla buruk,  lama gak keburukkan tu berlaku.  Tapi skrg tadaaa dah cantik balik. 
 Here some of the pictures that caught my eyes recently.  Cantikkan. Harga 300++ - 400++.


 Kalau sebut Guess, sure ingat time kat ITM.  Kalau sebut buka puasa sure la semua kenangan indah dari kecik sampai la skrg.  Aku baca chics hari tu, mmg betul pun apa dia kata.  Skrg ni ramai betul org suka sebut Iftar kan,  Aku mmg tak guna pun sbb rasa mcm kalau sebut je Iftar mcm chics cakap, tak terbayang apa2 pun.  Tak de kenangan langsung dengan perkataan Iftar, walaupun sebutannya sedap.  So sebut berbuka puasa jugak best.

Anyway skrg hari2 berhempas pulas memikirkan nak masak apa.  Smlm masak mee sup + bergedil.  (gambar google, lupa nak snap).  My hubby suka soto sebenarnya, tapi nak buat soto byknya kerja, so gantikan dgn mee sup + bergedil.  Senang.  Hari ni plan nak masak 1. ayam masak kicap + telur masak merah 2.  ikan pari asam pedas + ayam masak kicap.  Tengokla nanti mana yg sempat.

Happy berbuka,  dah 10 hari kan, cepat betul masa berlalu.

Thursday, July 26, 2012

Avilion Admiral Cove PD

 Kami  ke PD lagi, biasala rumah ke dua, kali ni try hotel Avilion Admiral Cove pulak, this was our 1st time.  This was in June, masa cuti sekolah hari tu.






 Hotel adalah sgt cantik, baru refurbish, lagila bertambah cantik. Just satu je kerugian, dia patut bina hotel ni supaya semua bilik facing laut,  kitorg kalau pergi bercuti kawasan laut, bilik hotel mestila mengadap laut, baru la terasa percutian yg nyaman. hehehehe.

Ikut aku yg bukan architect ni, rasanya bangunan hotel ni mmg boleh di buat utk mengadap ke laut.  Bilik kami mengadap country, so tetap sejuk mata memandang,  ada bilik yg mengadap parking lot, aduhai tension nya,  for me la tak taula org lain kan. Kalau bercuti kat area town to okla, ni tepi laut tak dpt nampak laut alahai kan.






 Environment hotel ni sgt2 cantik, pemandangan boat2 terasa mcm kat overseas,  just hotel ni agak sunyi.




 Swimming pool sgt2la bersih even though time cuti sekolah,  certain hotel tak jaga bila ramai org, air jadi keruh, oh sini sgt2 bersih.  Tapi sian budak2 nak mandi kat sini tak dpt. Sbb apa?  Inila percutian yg agak menyedihkan for us,  Baru je sehari, mlm tu balik dr dinner, tengok Aqil dah mcm tak sihat, sekali rupa2nya kena Hand Foot and Mouth Diseases.  Tgok Mikhael pun dah mula berjangkit, Apa lagi the next morning terpaksala kami check out.  Well nak buat mcmana kan.  Maybe next time we come again here.


Till we meet again. Will try to update everyday.  Selamat berpuasa hari ke 6.

Wednesday, July 25, 2012

At Mohd Chan Abdullah Restaurant for Bday Celebration

 Cerita bday yg dah lama, so disbbkan skrg bulan ramadhan dan ramai dah mula tercari-cari nak berbuka di mana,  maka jom try Mohd Chan Abdullah Restaurant di Kelana Jaya. 1st aku pergi hari tu,  mmg best. especially the dim sum.

 Ini la makanan yg kami ordered the other day. Price wise,  murah2 semuanya. 
Ambience:  good location utk tempat yg simple utk santai2
Keluasan restaurant:  Medium, so bulan puasa pasti ramai org, nak pergi silala buat reservation dulu, no phone, sila la google ya. hehehehe.





 Budak2 yg happy,  and tak reti nak duduk diam2 kat meja makan.

 Apa yg diorg pakat tak taula.

 It's my father's bday, yg ke 68. Semoga panjang umur & murah rezeki.


 Sapa lagi yg paling excited kalau tak budak2 ni.


See u guys in the next entry.  Salam Ramadhan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin