Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, March 15, 2010

L’Oreal Warehouse Sale - 18 to 21 March 2010

Oh I've been waiting for this sale, usually buat kat KL or PJ.  Tapi kali ni buat kat Desa Petaling. Jauhnya mau pergi. For those yg tak pernah pergi, kalau rasa2 nak beli make up murah2,  u should go. Lipstick RM10, Mascara RM10, eye shadow RM5.  Mostly not more that RM10 la.


 

18 to 21 March 2010
L’Oreal Warehouse Sale



4 Days Only!



Products Offered

Skincare

Hair Care

Cosmetics

Bodycare



Products Offered

L’Oreal Paris
Garnier

Maybelline New York



Time: 10am – 10pm



Location (Tel: 6016 330 9667)

Hotel Sri Petaling

Function Room

Jalan Radin Anum

Bandar Baru Sri Petaling

57000 Kuala Lumpur

Friday, March 12, 2010

For us to remember

 A bit too long but worth reading.  Betul la cakap my mom, kalau nak marah anak, marah tu berpada2. Kawal anger kita, sbb kita ni ibu, jgn sampai tercakap yg tak elok. Kalau pun tercakap, cepat2la tarik balik kata2 tu.  Sbb cakap seorang ibu ni selalunya dimakbulkan tuhan.

Biasala anak mmg buaskan, tak reti diam, kadang2 boleh jadi hilang sabar, especially  kalau time kita penat.  So mulala kadang2 mulut ni nak  tersebut perkataan yg tak elok, mencarut sudah pastila harap dijauhkan, tapi perkataan mcm ni pun harus dijauhkan,

- ish bosanla asyik nangis je, malas nak jagala kalau mcm ni.
- ish tak dengar kata betul la,  menyusahkan betul
- I'm really fed up with you

Well I have to remind my self too, jgn marah tak tentu pasal kat 2 org budak ni, walalupun mmgla sgt2 buas.

Enjoy reading guys


Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.

            Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak
penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran
sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.


            Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:


            Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa
pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam
catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah
tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan
keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan
tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.


            Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu
jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan
syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan
ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.


               Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki
comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah
itu.


            Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan
subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku
sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini
mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.
Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi
seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal,
anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.


            Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan
sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap
ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu
kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.


            Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit
kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak
mengulanginya kembali.


            "Mama, abang minta maaf .... Abang tak akan ulang lagi."
Itulah
ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.


            Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan
mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.
Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih
dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran
dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.


            Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana
kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada
tetamu yang bakal datang.


            Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah
terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang
langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.


            "Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih
kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar
rentung ladang hemahnya.


            Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu
mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak
melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada
di hadapan pagar.


            Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu
terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah
terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran
longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah
anaknya.


            Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia
meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan
menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah
merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.


             "Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam
raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta
laluan daripada pemandu lain.


            "Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang
baik
tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."


            Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan
bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam
keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga
telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan
kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah
bercucuran keluar.


            Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis
semahunya.


            "Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat
kerana kesakitan itu.


            "... Abang janji tak akan buat lagi."


            Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu
dengar.


            Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian
kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan
mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa
merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.


            "Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu
yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."


            "Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."


            Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan
setulus-tulusnya kepada tuhan.


            Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola
matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.


            "Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik."
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.


            "Anak puan ... Telah meninggal dunia."


            Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap
sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.


            Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras
ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun
kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia
meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat
selama-lamanya.


            "Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan
di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."


            Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku,
dingin sekali.


            Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu
keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya
penuh koyakan kertas yang ditaburkan.


            Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu
berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di
sepanjang hidup ini."


            "Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu
rindu
pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"


            Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun
hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.
Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.


                               **********


            Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu
nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.


            Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,
hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Thursday, March 11, 2010

How to stop breast feeding

This little cheeky boy, another 2 months will be 2 years old.  But he still breast feeding, for surela bagus kan.  Tapi aku nak stop him from breastfeeding when he reach 2 years old.  So dr skrg nak tryla buat pelan2 kan. Tapi adoi tak menjadi lagi.  Ada org kata biar jela dia stop sendiri nanti, well i don't think so, selalu aku tengok kalau dibiarkan lagi lama lagi susah nak stop.

Time Aqil was so easy,  Aku start with no breastfeeding time siang, then slowly mlm.  Dia accept je. Tapi ni naughty + buas ya amat + manja ya amat, amatla susah nak suruh dia stop breast feed.

How la nak buat ni. Care to share with me, how you guys yg pernah breast feed & camne korang stopkan?

Tuesday, March 9, 2010

Vincci & Mothercare Sale


MOTHERCARE SALE NOW UNTIL 28 MARCH 2010
Due to response from my readers yg nak tau Mothercare sale sampai bila, i went to Mothercare just now utk tanya, sambil tu aku terjebakla membeli sekali,  mmg nak beli pun. ada satu je tshirt yg 70%, so aku dpt harga sehelai RM9.60. Gila tak gila murahnya kan.  So 1 for Aqil & 1 for Mikhael, same color, same design. This is their first tshirt yg sama design & sama color.

It's Mega Sale right now. Yayyyyyyyyy.  Baru je rasanya Sale time CNY hari tu kan, dah start sale balik.  Tapi usually setengah2 kedai hari tu time CNY dah sale so tak de la sale lagi dah, mcm MNG, Zara i think diorng takkan sale once again dlm masa terdekat ni, tapi tak taula, we'll see.

Anyway, ni sale kat vincci.  ha sapa2 yg shoes lovers tu apa lagi, serbu serbu.  Aku ni baru beli 2 pasang kasut crocs yg hat tinggi cyprus tu, org kata kasut crocs ni tahan sampai 3 tahun. kalau betul tahan sampai 3 tahun, gamaknya 3 tahunla aku tak beli kasut. I'm not a shoe lovers. Korang pun tau kan.

Oh kasut yg di atas tu 70% discount.  Sure morah tu.

This one 50%.

This one 20%

Ini pun 20%

The sunglasses harga sebenar RM23, ada discount 20%.

Yay Mothercare sale kali ni. Best2, boleh beli baju Aqil & Mikhael yg mana last sekali aku beli time raya dulu. Lama kan.  Tapi raya dulu beli byk gak. So dok ulang pakai yg tu jela, aku tengok pun dah naik bosan, maka kena la beli baru.  I'm going to Mothercare Subang Parade, tak tau knp, kat sana sale ni selalunya mesti lebih sikit dr tempat lain.

Up to 50% yo.

Monday, March 8, 2010

Maulidur Rasul Celebration

 
 Oh I almost forgot about this celebration.  Maulidur Rasul celebration was held at Aqil's School last 2 weeks.  Baguskan, kecik2 lagi diorng dah ajar utk menyambut Maulidur Rasul. Each of the children were given a piece of paper utk di colorkan.

  
 Tekun tau budak ni mengcolor.

  
 Dia tak mau mama dia tolong langsung, semua nak buat sendiri.  

  
 Dah siap.

  
 Cantik tak?

  
 All the kids pakai baju melayu & baju kurung sempena nak menyambut Maulidur Rasul, they are so cute kan.

  

  

 
And at the end we had makan2,  food semua kitorg bawak sorang sikit.

Thursday, March 4, 2010

Nice handbag from Paris Hilton

 
For those who loves Paris Hilton,  ni la aku rasa design handbag dia yg paling cantik so far. Kalau tak aduhai caca marbanya. Heran gak aku, Paris Hiltion tu cantik bergaya, knp la design handbag dia sungguhla tak mcm dia.
 
Nampak tak muka aku tgh ambik gambar tu, tak nampak mcm ambik gambar pun kan, mcm tgh sms.  Ada yg bertanya mcmana aku ambik gambar kat shopping complex. 

Price range RM400 and above.

 

  

 
Go and grab it if you like it.

Wednesday, March 3, 2010

Current updates, Aqil & Mikhael

 
 Hello people. Do you miss me?? Sorry for not update my blog dah 2 hari.  I love my blog so bila lama tak update rasa mcm tak best.  Well, it is because my 2 boys are down with fever, 2 hari i EL.  Bila ramai yg tanya including my officemate knp aku jarang ambik cuti, ni la sbbnya, i'm saving my leave for my 2 boys,  incase diorng demam or sakit itu la masanya aku ambik cuti.  Kalau gi kerja jugak time diorng sakit, i cannot concentrate doing work la.


 
Well, this all the pictures before diorng ni demam. enjoys. Ini budak kecik,  takat duduk kat situ jela sampai sudah, dia takut nak turun slide.

 
 Abang ajak pun dia takut, tengokla tu muka dia, gayat agaknya.

  
Abang ajak lagi, tapi dia takat mengintai je slide tu.
  
Konon nak cuba2, tapi tak jadi.

Dah penat main,  jom makan ice cream.  Budak ni konon mcm dah besar tau, nak makan ice cream sendiri, pastu aku nak beli kan yg sundaes tu tak mau, nak jugak yg cone ni. Apa lagi kalau dah pegang sendiri, meleleh la.

 
 Budak ni dah dpt mainan, ice cream letak tepi.

  
 Masih nak makan sendiri lagi, walau dah meleleh2.

 
Budak yg muka dah comot lepas habis makan ice cream

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin