Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, June 14, 2011

What we did on last school holiday

 Oh terbiarnya rasa blog ni 2/3 hari ni kan. sorry guys, miss me?  busy sikit la.  Anyway nak citer apa yg kitaorg buat last week. Mula nak tengok wayang citer Kungfu Panda,  ke sunway pyramid la kami, ingat kut tak ramaila org on hari bekerja,  sekali ambik kau sold out ticket.

 Kesian budak2, dah excited nak tengok, tapi my fault gak, sapa suruh tak book awal2 kan dah tau cuti sekolah.

 So tanyala budak2 nak gi mana, diorng ajak pergi KFC, so ke KFC kita.





 Ni apa pulak ni, ni party pack atuk bagi,  it was atuk's bday last week, ha atuk dah tua takkanla nak buat bday party pulakkan, tapi cucu yg pertama tu sibuk suruh atuk bagi party pack kat semua cucu atuk, maka atuk pun buatla.  hehehehehe.

 Later petang main depan padang rumah, actually diorng nak main kat playground tapi mama dia yg malas nak exercise ni kata tak larat, yala kalau bawak diorng gi playground sah2 kena lari ke sana kemari kejar diorng.  Depan rumah senang, kunci pintu gate ha buatla apa korang nak buat.


 Ni pulak petang ahad kami jalan2 tengok barang.


So i hope this entry kira okla kan citer cover sekali harung utk 3 hari.  Happy Tuesday uolss.

Thursday, June 9, 2011

What do you think about MLM?


Tiba nak tulis pasal MLM pulak kan,  knp nak tulis, oh sbb byk sgt org approach suruh buat MLM.  Well i don't anti any MLM yg sedia ada,  tak kisahla yg popular ke tak popular ke.  Semua org kalau boleh nak jadi kaya kan?  Betul tak, tipu kalau ada yg kata tak mau jadi kaya.

Thru MLM mmg saya tengok ramai yg jadi  kaya tapi ramai jugak  kecundang, kalau kita tanya knp ada yg kecundang mesti jawapan yg di beri team or leader yg dia follow tak cukup kuat.  Mmm ntahla for me MLM ni bukan utk semua org, tapi utk certain2 org. 

Saya tak membenci  mana2 MLM ya, mana tau satu hari nanti tiba2 saya masuk pulak.  Saya pun tak pasti, tapi buat masa skrg saya tak rasa saya org yg layak utk masuk MLM, MLM ni for me utk sapa2 yg betul2 berminat, apa2 yg kita buat mesti kena ada minat bukan sbb ikut org.

Kalau ada org MLM yg marah kata tak cuba tak tau,  mmg la betul tu.  Tapi first kena ada minat & bukan di paksa.  I saw many sucessful people in MLM, seronok tengok tapi i saw many yg kecundang jugak, yg kesian tak pasal2 kena byr loan bank.

Well, for me kalau nak masuk MLM, fikir dulu, adakah kita betul2 minat, betul2 passion.  Jgn semata2 kerana nak ikut org, takut kecundang nanti.

Wednesday, June 8, 2011

Espress Soup + Barbie Doll + Sale

 Korang pernah rasa ni?  Aku first time.  Cantik sgt aku tengok diorg buat roti gini utk letak sup.

 Unikkan?  This was at Express Soup BSC.

 Sedap, Harga RM7 - 10.

 Lepas dah makan saja jln2, sekali ternmpak barbie doll ni,  cantik pulak baju dia, pandai barbie doll bergaya skrg ni ya,  kalau tak dulu asyikla baju color pink.

 Skrg barbie doll dah pandai nak pergi office. :)

 Oh lama tak de citer sale.  Tu ada sale up to 50%.  Kat mana?

 Peacocks London, one of my favourite shop.  Soon nak bukak kat Empire Subang, ke dah bukak?  2 weeks ago masih belum bukak.

 Adam Kids pun ada sale, selalu pulak Adam Kids ni sale ya. . Eh baju kids tak yah dah la shopping kat kedai, meh shopping kat Nushnushh, Jimat masa, no traffic jem, no parking fees, no toll, only with one click,  maybe some of you feel hassle about the shipping cost,  but it just RM6, kalau nak dibanding kan dgn minyak, toll, parking mesti lagi mahal kan.  ahaks. I know right now tak byk lagi stock kan, insyallh next week ada new stock.  So let's shopping.  Hehehehe sempat iklankan.

Monday, June 6, 2011

Us & Kungfu Panda at Mc D


 These boys are crazy about Kungfu Panda at the moment,  Mc D pun tgh keluarkan toys kungfu panda, so apa lagi let's mc d.


 Tengok budak yg happy sgt dpt kungfu panda. 


 Si comel kenit ni pun ada.

 Ah walaupun blur nak letak gak, elokla blur tak dela nampak apa2 yg kurang.  hehehehe.  That's our day on last saturday.

Friday, June 3, 2011

Bukan semua yang kita mahukan akan kita dapatkan.

Salam Jummat semua, mesti ramai yg cuti hari ni kan,  tambah2 cuti sekolah & some of the company is on public holiday due to bday Agung esok.  Anyway like to share with guys this, very useful.

Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya kita mendapatkannya.
Hakikatnya itulah lumrah.
Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?

Kita tidak tahu

Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.
Tetapi Allah mengetahui.
“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.
Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.
Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.
Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.
“Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”

Belum bersedia

Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan. Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.
Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.

Dosa

Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.
Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.

Berusaha untuk positif dengan Allah

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.
Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.
Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.
Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.

Allah itu Maha Penyayang.

Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.
“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Penutup: Memang dalam hidup, bukan semua benda kita mahukan akan kita dapat

Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.

Jangan kecewa apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan. Pandang dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya penuh rasa sifat kebergantungan pada Allah SWT, maka kita akan bersyukur dan berlapang dada, bersangka baik dengan setiap ujian dan cubaan, mudah menghadapi kesukaran dan tentangan hidup kerana di hati kita telah tertanam bahawa semua yang terjadi melingkari hidup kita akan berjalan dan bergulir dengan aturan-aturan-Nya sesuai dengan kehendak-Nya kepada kita.
Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insyaAllah jiwa itu akan tidak terbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif.
Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, InsyaAllah semuanya akan dirasakan Indah, Tenang, Tenteram dan Menyenangkan.
Semoga ketenangan akan dapat kita kecapi.
Mudah-mudahan bermanfaat.

Thursday, June 2, 2011

How was your sunday? dah khamis, baru nak tanya sunday kan.

 Pagi ahad tu percaya tak yg aku bawak 2 org budak tu pergi pasar sekali?  Mmg kecoh,  Zul tgh sibuk dgn contractor so aku bawak jela 2 org budak tu, mana nak pegang tangan dua2 tu lagi, mana nak pegang plastic ikan & ayam lagi.  After dah beli, breakfast roti canai kat depan pasar tu, lupa pulak nak ambik gambar breakfast.  Eh citer pasar tapi gambar pasar tak de,  hehehehe. ha dkt dgn pasar tu ada cafe ni,  ha happening area pasar ni.

Budak2 tu tengok ada kereta kat atas cafe tu, boleh sibuk nak naik.

 Tengokla tu , dia ingat boleh panjat mcm tu je.


 Later dah petang2 pergi padang.




 Beriaya tengok kan, mmg ada org main basket ball, tapi takat 5 org je.



Dah penat berlari kat padang sampai muka mama pun naik berkilat, jom kita balik.

Wednesday, June 1, 2011

Perjumpaan yg paling susah with my BFF

 Dari February plan nak jumpa, tapi tak dpt2 jumpa, last2 last saturday baru dpt jumpa, itu pun tak cukup semua. I guess next time mmg asal sapa free je jom jumpa, kalau tunggu semua, itula jadi bertangguh2.  This is my BFF since ITM. 

 I have to crop my picture, because uya looks so cantik & i look so gemuk.  Yes, i am getting fat,  makan nasi lemak selalu + choc cake.  Hahahaha.

 Try ambik lagi, tetap aku nampak gemuk or alasan, sbb uya ambik gambar sengetkan badan, that's why i look gem or salahkan baju. hahahah.

Enna,  the one in blue, is getting married soon, party party party before the day.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin