Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, July 6, 2009

Ragam Manusia

Terkejut mula2 aku tengok legging yg dipakai, legging LV tu, jarang tau, kain jenis stokin tu. Ada gak org berani pakai gini ya.

Aunty ni walaupun dah berusia & berdiri lagi dlm LRT tapi tetap membaca buku. Mmg elok sgt dgn saranan kerajaan pasal budaya membaca ni.

Tapi tengok pulak budak sekolah ni, main game kat handphone la pulak.

Yg ni cukup aku tak berkenan, dlm lrt yg penuh dgn manusia pun kau masih lagi nak berkepit, tak malu ke kat org ya. Kadang tu kita yg tengok ni pulak yg naik segan. Kalau setakat pegang tangan tu tak kisahla kan, ni dah mcm nak beromen. huhuhu

Ni pulak apa ya? aku nampak jam merah besar dia tu, tiba2 aku teringat kat pop swatch. Korang ingat lagi tak? budak2 muda sure tak tau pasal pop swatch kan, tapi zaman aku sekolah dulu cukup popular, semua org nak pakai. termasukla aku, dr swatch kecik, besar sampai ke pop swatch aku ada. Apa la design swatch skrg ni ya? aku tak pernah tengok dah.

Knp kalau aku tengok org2 pakai rambut palsu semendangnya tak cantik. mcm pelik pun ada. Tapi kalau tengok erra fazira tu pakai cantik je kan. dia beli kat mana ya?

Sian tengok budak ni, tak de sapa nak bagi tempat duduk, nasib ada bag utk dia duduk. kadang2 aku tengok org dlm lrt ni masih lagi tak begitu prihatin la, ada yg buat2 tidur la, buat2 tak nampak la bila nampak ada org lain yg lebih memerlukan tempat duduk. Aku tak kata semua, tapi still ramai lagi yg begitu. Berubah la semua.

Dah lama aku asyik tengok je kasut gladiator ni, kat kedai kasut tengok, org pakai tengok. mcm teringin, tapi ah sungguhla tak sesuai dgn aku ni. ni utk org muda2 jela kan.

Friday, July 3, 2009

Pernah tangkap gambar KLCC tak?

I can see KLCC from my room or my living room. Usually kalau ada apa2 keramaian yg diadakan di KL, especially KLCC , percikan bunga api yg bedentum-dentam dari KL mmg jelas dpt dilihat dari rumah kami.

Of course kalau kita pergi melihatnya dari dkt tentu lagi meriah & lebih cantik. Tapi knowing me yg ada anak kecik, nak bawak mereka bersesak2 ke KL tu sesuatu yg tidak mungkin. Tunggu la mereka besar nanti. Buat masa skrg tengok dari rumah jela. Itu pun dah membuatkan Aqil & Mikhael excited.


Pada suatu hari saya berkesempatan menaiki KLCC hingga ke tingkat 57 dan saya mengambil 2 gambar ni. Cantikkan viewnya dari puncak yg tinggi.


And pada suatu hari yg tidak di rancang, kami lalu dihadapan KLCC, dan kami ambil peluang utk mengambil gambar di hadapan KLCC. Selalunya asyik tengok tourist je yg mendongak, mencangkung utk mengambil gambar, kita bila lagi kan.

Mercu tanda Kuala Lumpur yg menjadi kebanggaan kita.


Saya rasa sungguh excited dpt bergambar dihadapan KLCC, dari dulu lagi nak ambil dah tapi asyik tangguhkan, konon sbb hari2 lalu depan KLCC, bila2 masa pun boleh.

Gold Coast ... here i come











Aku nak sgt2 pergi ke Gold Coast with my family. For sure Aqil & Mikhael seronok. Thrill Rides, Oh I love it. Saya seorg yg suka naik benda2 gayat ni.

Nak pergi skrg ish jgn la, tgh kes H1N1 ni kan, hehehehe konon ayat penyedap hati, padahal. Lagipun mikhael pun kecik lagi, apa yg dia tau. nanti tak have fun pulak. so tunggu mikhael 2 years should be ok la kan. So what about next year kita pergi???? Agak2 berapa RM ya + accomodation for 2 adult + 2 children, 5 days stay.

Thursday, July 2, 2009

Ke The Weld & Warehouse sale

Lepas makan pizza, kami ternampak Guardian Clearance Sale kat LG. So apa lagi mesti la check it out. Ni make up 2 in it & Revlon. Harga RM5- 10.



Comforter, cadar pun ada. Single RM35, Queen RM45, King RM55. Brand Viva.


Aku mencari syampoo tapi tak dela, yg ada ni ya bath foam & facial cleanser. Sale Guardian is from Thu, 25 Jun 2009 - Sun, 12 Jul 2009

Dah citer pasal clearance sale, ni aku menyelitkan sekali Warehouse Perfume. Aku pernah pergi yg kat Corus hotel ni. Mmg best harga2 perfume dia. Ni nak pergi ke tak pergi ya? Perfume byk lagi tapi gatal rasa nak perfume brand lain pulak.

Discount Duration : Wed, 8 Jul 2009 - Fri, 10 Jul 2009, 10am to 630pm
Company : Branded Fragrances & Cosmetics
Location : Crystal Ballroom, Level 1, Corus Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia
Promotion : Branded Fragrances & Cosmetics Warehouse Sale Up to 70% Off
Brands Offered : Givenchy
Paul & Joe
Moschino
Guess
Esprit
Loewe
Kate Moss
Nautica
Paris Hilton
David Beckham
Morgan
MNG
Miss Sixty
Versace
and many more...

Ke The Weld kerana Pizza

Pernah tengok tak basikal yg menjual rambutan? Rasanya pernah kan, tapi di tengah2 KL jarang berlaku. Lekang tau rambutan dia. Nak beli? kalau musim rambutan sure nyonya ni ada kat bawah station monorail raja chulan. Pergila ke sana.

Aku jln lagi utk ke the weld, terjumpa abang jual jagung ni, yg aku tertarik ialah melihatkan anaknya yg baru balik dr sekolah masih sempat menolong bapanya menjual jagung. Kecil2 lagi dah pandai menolong orang tua.

Jarang aku ke the weld, tapi tadi mas cakap hari ni dia raya, mas mengganti puasa sejak dr last week. so aku ajak dia jom kita gi makan. Then ternampak pulak iklan pizza hut. aku pun ajak dia ke the weld utk menikmati pizza hut.

Sekali ambik kau, terkejut aku bila tengok kedai carpet ni, dulu kat kedai carpet ni la pizza hut. ha korang jgn gelakkan aku ya sbb aku mmg tak perasan yg pizza hut dah tak de kat dlm the weld ni. ah sungguh hampa.

Nak tak nak, sbb dr awal kata nak makan pizza, nampak ada dominos. dominos pun dominos la. I'm not a big fan of dominos pizza. tapi ok la.

Ha mas siap berbaju kebaya lagi sbb raya la katakan. tak pe next week kita gi pizza hut ya.

We both order beef peperoni. Sedap, lembut je roti dia.

Wednesday, July 1, 2009

Mencari Vitamin

Berpusu2 org ke Pavillion pada waktu lunch.

Ada yg ke sana utk makan, shopping, window shopping or saja jalan2.

Aku memilih utk ke pharmacy kerana mencari multivitamin utk Mikhael. Dia tak berselera sgt la utk makan. Kalau nasi tu 5 suap dah tak mau dah. Kadang kena paksa dgn aku, sejam aku mengekor dia ke sana ke mari utk suap makan pun belum tentu habis.

Dah sampai sana aku jadi confuse tak tau nak beli yg mana? should i buy yg boleh chew tu or yg syrup? Apa pendapat korang? Mikhael bukan seorang yg senang makan ubat ya. Kena pujuk & pujuk baru jln, tapi nasib dia telan la jugak ubat, tak dela dia luahkan balik.

Fikir punya fikir, aku fikirkan dulu la nak beli yg mana satu. maka aku tak beli pun multivitamin tu lagi.

So aku melangkah masuk ke Nichi. Nichi ada sale ya. Up to 50%. Aku berkenan blouse ruffle color black tu. Cantikkan. Tapi sesuai ke aku pakai?

Cantik2 baju office dia kan.


End up aku ada beli satu blouse ruffle color purple. Kalau cantik aku pakai, aku tunjuk kat korang. kalau tak cantik aku tak tunjukla ya. Tapi masa aku try tadi, lama gak aku dlm fitting room, tengok ok je tak dela nampak montel.

Ruffle blouse & Kain Kilat

Lately ni aku admire sgt baju2 style gini, ada ruffle. Tapi nak membeli tu aku masih teragak2. Sbb takut nampak lagi montel. Almaklum la baju beropol2 ni tak sesuai di pakai utk org berbadan montel kan. Tapi rasanya kalau kain tak kilat tak pe kut kan, mcm gambar baju color grey di atas ni.


Oh I like. Ish cepat la badan kurus.

This one I think ok kan? Tak akan nampak montel. Kat mana pulak ada jual ya, nak kena cari ni? Sapa2 tau kat mana ada?





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin