Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, August 19, 2011

Menu Makanan + Wine - Terima Kasih Tuhan, Ianya Jumaat (TGI Friday's)

 I think i heard this issue since last Ramadhan, but just to share with guys again, because the menu at Friday's is always the same.

sekadar berkongsi dimana ramai orang melayu islam kita buat2 tak tau, jahil etc. dan sering kali berkata "ala, diorang ada 2 dapur untuk masak (yg halal & tak halal), ape ada kesah"... *walaupun yang halal & haram itu jelas...

Subang Parade
Subang
25 Ogos, 2010
Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini. Sudah berapa ramai umat Islam ‘berbuka puasa’ di sini

 Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.
Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.

 Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.
Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang.

Ya admit I've been there quite several times jugak & there's halal logo in their menu, but they are selling Jack Daniel Steak, huhuhuhu.  But I'm sure after kena serbu sure the halal logo no more in their menu kan.  I don't know because I never been to TGI Fridays anymore.

 Menu makanan bercampur arak Jack Daniels – ada logo halal lagi…
Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.
Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.
Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.

   
 Antara bahan utama untuk pemeraman – red wine , Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol

Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.
Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.
Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.


3 comments:

Janna Wan Muhammad said...

mujoq la ai tak penah pegi makan sini...thanx for the info.....err...what abour San Roma ? ehh...ke apa nama dia ?

Anonymous said...

yup, i pun dah lama tak pergi TGIF, Tony Romas, Italiannies etc. walaupun ada yg kata halal cuma tak sijil, i just cant go with it. even The Chicken Rice SHop pun i was was sebab owner dia is Chinese, and as i have been told TCRS doesnt even bother to apply sijil Halal dari Jakim.

memang ini semua hak individu tetapi sebagai umat Islam kita kena selalu memperingti antara satu sama lain.

tapi baru2 Hotel Concorde kat Shah Alam diiktiraf kesemua dapurnya telah dpt sijil HALAL. bagus kan? tapi mahal laa pulop. hehehe..

adrina

ceritacherita said...

Janna,
Tony Romas, mmm ntahla, since restaurant ni jual arak, sure tak leh dpt sijil halal kan, can ask jakim for it.

ad,
yup TCRS mmg tak de logo halal kan.Actually skrg mmg byk restaurant tak de sijil halal yg sah, ada yg tengok dr Thailand la, kalau dia betul2 halal why not apply from Jakim.
wah bagus hotel concorde.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin